mangga

Saturday, January 17, 2009

ERTI KEAMANAN DAN TUAH

Telah hampir sebulan 2008 berlalu. Namun banyak kenangan di akhir tahun 2008 yang masih belum ku coretkan dalam blog ni. Didalam sibuk kerajaan meminta kita boikot barangan buatan negara Yahudi ekoran dari kekejaman serangan orang Yahudi keatas Palestin, kita sepatutnya bersyukor kerana berada di bumi Malaysia yang boleh dikira sebagai aman dan selamat. Tapi kadangkala kita lihat rakyat di negara kita pun tak sependapat dalam beberapa perkara, sehingga ada perhimpunan jalanan dan tunjuk perasaan. Cubalah kita fikir adakah negara kita ini 100% selamat. Didada akhbar kita lihat setiap hari ada berbagai berita jenayah, dari rompakan,kes culik sehinggalah kepada pembunuhan.

Disini aku coretkan pengalaman aku melihat kejadian didepan mataku sendiri. Semuanya bermula apabila aku perlu menghadiri kursus di Mid Valley, KL selama seminggu. Anak saudaraku kata ada bas direct dari rumah kakakku ke sana. Hari Sabtu aku, Aliff,Fifi dan Si Bulu bertolak dari rumah ke KL dan sampai lebih kurang pukul 8 malam. Dalam perjalanan, aku berkata alangkah bertuahnya jadi SiBulu ni, hari raya orang balik kampung dia pun balik kampung. Walhal dia cuma kucing yang tidak diketahui asal usul dan siapa tuannya. Gara gara dia mengikut Aliff balik rumah sebelum mereka semua balik kampung, tak pasal pasal si Bulu ni dapat balik kampung aku mengikut keluarga kakakku bersama Si Comel kucing kakakku. Naik kereta baru Mona pulak tu.


BULU KUCING IT.


COMEL

Esoknya, aku,Fifi dan Aliff menunggu bas untuk ke Mid Valley. Aku mencatit waktu mula kami naik bas untuk memudahkan aku menjangka tempoh perjalanan yang perlu aku lalui esok. Perjalanan kami berjalan lancar sehingga sampai kesatu perhentian dimana sekumpulan 5 orang bangsa asing naik bas. Kelima lima mereka terus menerpa kepada penumpang sebangsa mereka yang duduk dibelakang Fifi iaitu bersebelahan Aliff. Mereka terus merampas barang yang dibeli dan meraba raba poket kedua dua orang tu. Aku yang mulanya tidak mengesyaki apa apa, mula membebel bebel. apalah dia orang ni. kecoh kecoh je. Tetapi disebabkan kelima lima mula bertindak melampau sehingga mamat Bangla didepanku pun dirompak , aku mula tinggikan suara, hoi kalau nak buat jahat pun janganlah dalam bas, turunlah. Bila kami yg duduk dibahagian belakang bas mula bising bising, barulah kondukter baru datang dan minta kelima lima dan mangsa yang 2 orang ni turun dari bas. Trauma gila aku dibuatnya, dahlah aku dah lama tak naik bas sejak mempunyai kereta sendiri. Ini baru nak naik dah jadi macam ni. Dalam fikiran ku terdetik persoalan "Selamat ke pengangkutan awam di negara kita?'

Balik rumah ,aku ceritakan pada kakakku.. Kalau macam ni takutlah nak naik bas? Habis tu macam mana nak gi kursus esok? kata kakakku. Ala, kau hantarkan lah pagi esok, petang suruh Fifi ngan Aliff amik pakai komuter pulak. Biar aku belajar naik komuter pulak.

Seperti yang dirancangkan, akhirnya aku ke kelas naik komuter saja. Walaupun mula mulanya, kakakku menghantar hingga ke stesyen komuter Shah Alam, akhirnya aku bawa kereta sendiri kesitu disebabkan kesiankan Afiq yang merungut terpaksa bangun awal setiap hari.

Setelah seminggu berkursus, aku menyambung bercuti sehingga hari Isnin. Seperti biasa, kalau dah bercuti, mestilah shopping2kan. ronda sakan aku dengan keluarga kakakku. Fifi ikut Along dan Atie gi khenduri dan jalan jalan, yelah ikut cara orang muda muda. Kami shopping style orang tua sambil belikan keperluan sekolah untuk Aliff dan Afiq.

Pagi Isnin, aku mula berkemas untuk balik. Kami perlu balik awal sebab kakakku kerja dan Alif kena gi sekolah. Yang kelakarnya, akhirnya Si Bulu ikut kami balik kampung semula disebabkan Alif tak nak tampal poster kucing hilang dan nak bagi pada kawan dia. Kalau nak bagi kawan kau, baik bagi Pak Long, kata kakakku pada Aliff. Berjalan jauh lagi Si Bulu. Bertuahnya hidup seekor kucing di Malaysia jika dibandingkan dengan orang orang di Palestin dan Afrika, somalia yang keadaan hidup sengsara dan makanan pun tak cukup. Sekarang Si Bulu dah jadi kucing kesayangan keluarga kami dikampung. Bertambahlah koleksi kucing kesayangan kami.. Sekarang suamiku yang tak suka kucing pun sibuk tanya dah cantik ke SiBulu kat kampung? Begitulah kuatnya aura SiBulu. ha ha

Nuffnang