mangga

Saturday, October 10, 2009

Misteri Bilik U8D

Seperti biasa aku pergi kursus membawa kereta sendiri walupun sendirian tetapi kali ini aku ditemani rakanku Ani. Kami bertolak lewat disebabkan semua anggota diunit aku berkursus. Jadi kami bertolak selepas solat asar. Perjalanan kami berjalan lancar tanpa melalui kesesakan lalulintas kecuali di Jalan Tun Razak, itu pun disebabkan terdapat trak askar rosak. Kesian tengok askar tu.

Sebelum masuk keasrama kami pergi makan dahulu di Kg Baru. Seperti biasa makan 'steak'. Rasanya kat sini aje jumpa 'steak' murah dan sedap compare di JB.
Kami sampai asrama lebih kurang pukul 9.30 malam. Setelah berborak kami mula menarik selimut untuk tidur. Ku lihat Ani dah mula berdengkur. Dalam hati berkata, alamak macam mana nak tidur ni. Aku sebenarnya sukar tidur kalau ada orang berdengkur, tak kira kuat atau tidak. Puas berpusing, entah bila masanya aku terlena pun aku tak perasan. Sedar sedar aku terdengar suara berdengkur disebelah telinga kananku. Dalam rasa kehairananku, mulutku tak henti henti membaca ayat Al-Quran dengan mata terpejam. Macam mana tak hairan, masa awal nak tidur tadi, dengkuran Ani kuat kedengaran ditelinga kiri, ini tak pula. Dengkuran tu betul jelas ditelinga kananku. Dalam hatiku berkata, bukankah Ani dah baca Surah Yaasin tadi. Apa pula ni..akhirnya aku tak dapat lena sehingga suboh.

Semasa sarapan aku hanya mendiamkan diri tanpa menceritakan apa yang aku alami disebabkan ianya akan menakutkan seorang lagi kawanku yang duduk seorang dalam bilik lain. Selepas habis kelas,aku dan Ani kerumah kakakku di Subang. Dalam perjalanan aku menceritakan padanya apa yang aku alami. Ooh kau pun dengar juga ke? Reaksi pantas Ani dari ceritaku. Rupanya Ani pun mengalami keadaan yang sama denganku. Rupanya dengkuran yang mula mula aku dengar bukannya dengkuran Ani. Aku siap 'test' lagi tiup tiup nak pastikan betul ke aku dah tidur, kata Ani. Dia pun tak perasan bila masa dia terlena selepas berkata kau nak dengkur, dengkurlah. Aku nak tidur.

Bawa naik Surah Yaasin kau, kata Ani setiba kami keasrama dari rumah kakakku. Dah kataku. Selesai mandi,solat dan baca Yaasin , kami makan bersama. Bila dah makan, perut pun dah kenyang. Mata pun mulalah berat. Kami berdua mula berbaring untuk tidur. Tapi aku bertambah hairan, bila aku berbaring saja, dengkuran jelas terdengar di telinga kananku. Tiba tiba hatiku berdetik, ruginya kalau ada 'sixth sense' macam ni. menyusahkan je. Disebabkan malas nak tanggung risiko mengantuk dalam kelas, maka aku tarik tilam dan tidur dibawah. Akhirnya aku lena sampai kepagi.

Dalam perjalanan balik, Ani memulakan cerita. Kau dengar lagi dengkur tu ke? Aaah jawabku. Oh sebab tu kau tidur kat bawah,dapat ke tidur? kata Ani. Dapat, kataku. Lepas turun bawah aku dah tak dengar dengkur tu lagi. Ooh, tapi aku dengar lagi dengkur tu dari arah katil kau, kata Ani. Kami berdua tertanya tanya suara dengkuran yang kami dengar sedangkan bilik kami ditepi tangga dan bilik sebelah kosong...
Rasanya kalau kami ceritakan pada orang lain, rasanya takda yang sanggup tidur dibilik tersebut...

Nuffnang