mangga

Friday, July 23, 2010

Derma atau Sedekah

Dah lama rasanya tak pergi pasar malam, tapi apa nak dibeli aku tak tau. Sampai dikawasan pasar malam, aku terus melalui gerai sate kegemaran ku, terus menuju kegerai yang menjual nasi gorang,mee goreng rm1.20. dalam pada tu sempat mengerling pada 2 orang anak muda berjubah putih memegang tabung dermam. Hai sejak bila pulak ada orang minta derma sini, orang Islam pulak tu, selalunya cuma ada beberapa orang Cina yang cacat (walau tak sepenuhnya) yang meminta sedekah. Dalam hati ku berkira kira, nak bagi ke tak derma/sedekah kat dia orang. Kat tabung takda pulak tulis untuk apa apa. Tapi perasaan ku terpukul bila terpandang, seorang India (bukan India Muslim tau India ori punya) memasukkan duit kedalam tabung derma tersebut. Derma atau sedekah namanya tu, tapi aku terus melalui jalan menuju kegerai nasi goreng. Alamak takda pulak budak, orang lain pulak yang berniaga disitu. Terus aku berpatah balik kegerai yang lain membeli keperluan makan malam. Dilorong yang ni pun aku nampak 2 orang lagi budak muda berjubah putih. Ramainya,, macam tengok budak budak sekolah yang dipergunakan untuk meminta derma sewaktu cuti sekolah pulak. Sindiket apa pulak ni.

Dalam perjalanan balik aku hulurkan juga derma kepada beberapa orang Cina yang cacat dan anak muda berjubah tadi. Dalam hati berfikir, ada kebenaran ke mereka ni meminta derma dan untuk apakah wang derma tersebut. Tapi lantaklah, kalau difikirkan kang tak dapat pahala pulak..anggap baik aje..

Thursday, July 22, 2010

Erti Kekayaan atau kemewahan

Kaya ke aku? Pada aku taklah sebab masih ramai yang aku rasa lebih kaya sebab ada rumah besar, kereta besar dan duit simpanan dia orang pun lebih banyak dari aku. Setakat ni alhamdulillah,walaupun tak kaya tapi aku sentiasa ada duit untuk belanja dan tak pernah putus wang walau disaat genting..contoh kereta rosak tengah tengah bulan ke tapi perabut atau kain baju aku takdalah branded macam orang lain. Asal boleh aje. Malas nak berhutang hutang benda yang tak penting.Ini pendapat akulah.Mungkin istilah kaya bagi setiap orang berbeza beza.

Semasa audit tempoh hari, seorang kawan bercerita pasal kawan kawan sekerja kita orang. Lepas satu satu. Yang seorang ni suami isteri kerja, kira kita pendapatan sebulan rm14 -15k lah, duit simpanan berkepuk kepuk tapi masih pakai kereta proton saga je. Pada dia orang ni bodoh menyiksa diri sendiri sebab dah ada duit banyak tapi taknak pakai kereta mewah macam dia. Walaupun hanya dia seorang yang bekerja tapi pakai kereta mewah tapi duit simpanan tak banyaklah. Beli insuran aje banyak.
Pasangan yang lagi satu, duit simpan banyak, rumah besar, kereta pun banyak tapi cuma kereta biasa biasa aje, Membazir kata dia kenapa tak terus beli kereta mahal aje macam dia. Aku no comment lah.

Aku dah jumpa orang yang banyak duit tapi taknak keluar duit untuk pergi haji, katanya tak mampu sedangkan kalau kita tengok cara hidup dia memang boleh dikategorikan sebagai orang kaya. Mana tak, setiap mesti pergi main tennis (sukan keluarga dia) atau pun pergi berenang. Kita yang miskin ada ke main tennis main badmnton adalah. Yang satu lagi duit semanjang tak cukup, nak makan pun berkira tapi kalau pergi rumah dia, pakai kerusi jati lagi kalah rumah aku. Bagi yang banyak kereta pulak pada kau mungkin dia menyediakan keperluan untuk anak anak dan saudara mara yang terdekat. biasalah kalau kita duduk kampung,dikelilingi sanak sedara yang hidup susah. Semuanya nak meminjam dari kita.

Pada aku setiap cara seseorang itu mentadbir duit dia adalah mengikut kepentingan masing masing. Ada orang dia rasa perlu mempunyai kereta mewah (orang business lah) atau ada rumah besar atau duit simpanan banyak atau gaya hidup mewah walaupun duit tak cukup (sanggup berhutang), jadi istilah kekayaan atau kemewahan bergantung pada diri masing masing.

Tuesday, July 20, 2010

Lawak Audit

Selepas berhempas pulas mengemaskini data untuk audit, aku pula terpilih untuk mengaudit di N9. Rasanya kali terakhir aku pergi audit di n9 ni tahun 2005. Kali ni cuma 2 orang auditor perempuan saja, so aku gi bersama sama kawan ku pada pagi semalam dan sampai ke n9 seperti yg ditetapkan jam 9.30am. Semasa dalam perjalanan kami terjumpa dengan rakan sekerja lain tapi aku tak pasti samaada dia satu kumpulan atau tidak dengan kami, siap potong memotong pulak. Sampai disana, cam biasa lah, mesti gi tandas dulu. Sampai tkt.2, nampak signage tandas, kawan ku terus meluru, aku rilek je tapi tanya gak, ye ke tandas wanita. Betul kata kawan aku. Sambil tunggu depan lif ada yang menegur tapi aku jawap tunggu kawan. Pastu kami pergi ketempat yang perlu diaudit di tkt. 3. Aku tanya tandas wanita kat mana eh. Kat sebelah, dia orang jawab. Kat Tkt.2 tu tandas lelaki ke pompuan, lelaki kata dia orang. Aku dah nak ketawa tapi gi tandas sebab dah tak tahan.
Balik dari tandas aku citer kat kawan aku. Aku tanya camna kau confident kat tkt2 tu tandas wanita. Habis kat dalam tu takda bowl pun cam yg biasa kita tengok ada dalam tandas lelaki. Yalah tapi kan takda signage gambar pompuan pun kat situ, kata aku..
Aku dah gelak kuat bila dia kata kat toilet sebelah dia ada orang gak. Seb baik orang tu tak kuar saing ngan dia, kalau mahu haru biru. ni citer sebelum bermula audit..apalah agaknya anggapan orang menegur aku masa depan lif tu ehh..

Tuesday, July 6, 2010

Sengkek ke aku?

Dalam kekalutan aku mengemaskini data data untuk diaudit, aku terpaksa keluar membeli CD untuk keperluan pejabat memandangkan aku pemegang amanah wang pejabat merangkap menteri kewangan.


Sampai dikedai yang biasa.

Aku: Ada tak CD RW?
Budak Cina : Ini sambil menunjukkan kotak CD RW berisi 5 keping (jenis cap itik)
Aku : saya nak jenis Sony atau Verbatim atau TDK aje
Budak Cina : Ini Mahal loo, beli CD R ajelah
Aku : Peduli apa? (Dalam hati Cina ingat aku takda duit) Nak pakai untuk pejabatlah.
Budak Cina : Takda lah jenis tu.
Aku: Dulu saya ada beli kat sinilah..beli banyak sekali bukan sikit sikit.
Budak Cina : Takdalah, mana ada jual sini.
Aku : Adalah..(dalam kalau takda aku gi kedai lain aje)
Budak Cina 2 : Oklah kak, kita kasi keluar dari casing dia, tolak harga satu 30 sen.
Aku : Oklah.
Budak Cina 2 : Berapa mau?
Aku : 40 keping.
Budak Cina 3 : Bukan 100 ke?
Aku : Tak bawa duit banyaklah.
Budak Cina 3 : Kad kredit ada tak?
Aku : Adalah.

Pelanggan bertambah ramai, aku menunggu CD RW sambil meminta 50 keping CD R SOny.
Budak Cina 2 : Adalah kak jenis yang akak nak sambil mengira jumlah belian dan sediakan resit.


Itulah yang kita selalu hadapi bila kita pergi kedai Cina dengan pakaian ala kadar. Dia ingat kita semuanya takda duit, tak mampu nak beli yang mahal. Tapi kita pun bukan semua yang buta IT. Dunia dah maju , zaman dah berubah. Orang kampung pun dah celik IT.

Friday, July 2, 2010

Sebuah cerita........di hari Jumaat

Setiap hari kita mendapat e-mail dengan berbagai bagai cerita. Bermula dari cerita semasa,lawak,pengajaran,pengetahuan, kesihatan dan lain lain. Hari ni aku menerima email dari salah seorang kenalan anak rakan sekerja aku. Amat menyentuh perasaan aku, rasanya sungguh kerdil diri ini berbanding dengan pengorbanan dan keimanan anak ini. Dari itu aku rasa perlu untuk berkongsi email ini dengan orang lain.

Petikan email.Sebuah cerita........di hari Jumaat

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang.

Dapatkah kita menjadi seorang sekuat anak ini? Atau dapatkah kita mmendidik anak anak kita menjadi seperti anak ini. Mudah mudahan Allah makbulkan doa kita.

Thursday, July 1, 2010

Hari Bapa

Luahan Hati seorang anak ini aku petik dari Akhbar Utusan Malaysia 30/6/2010 untuk renungan kita bersama. Ianya membuatkan aku teringat keadaan semasa aku baru bekerja dahulu. Pada masa itu staff aku majoritinya lelaki, seorang aje staff perempuan dan keadaan pada masa itu boleh dikatakan kebanyakan staff ni memang terlibat dengan judi..4D Magnum, TOTO. Jadi aku sebagai orang yang baru bekerja, nak tak nak terpaksa juga memahami perjudian, bak kata orang, kalau nak membetulkan atau nak menyuruh orang ni ikut arahan kita, kita kena juga fahami kesukaan mereka. Kena faham juga cara cara judi mereka. Siap ada kitab lagi, cai nombor..masa tu komputer belum ada lagi. Kena tulis dalam buku je. jadi semua orang ada buku nak cai nombor.
Masa tu kira kira penerapan Islam belum begitu kuat dan belum ada kesedaran dikalangan mereka. Sekarang ni kebanyakan mereka ramai yang dah pencen.

Marilah kita sama menyelami luahan hati seorang anak untuk renungan bersama.

“Saya merupakan anak pertama dalam lima beradik dan dibesarkan di dalam serba sederhana.

“Apa yang ingin saya ceritakan adalah mengenai sikap abah saya yang suka berjudi sejak dari zaman muda hingga zaman emas hingga kini.

“Biarpun pelbagai teguran dibuat oleh mak dan kami anak-anak, abah tetap macam itu, langsung tidak mahu berubah.

“Abah saya merupakan bekas anggota badan beruniform dan ada pangkat.

Sikapnya yang suka berjudi menjadi-jadi selepas kami berpindah ke Selangor.

“Bermula dari tikam ekor untuk suka-suka akhirnya dia berjinak pula dengan judi mesin.

“Sebagai anak saya merasa amat malu dengan jiran-jiran yang selalu terserempak dengan abah di kedai ekor dan kedai permainan judi.

“Tambah malu kerana bapa bekas anggota pasukan keselamatan tetapi gila judi. Apa perasaan anda, kalau berada di tempat saya?

“Dulu semasa saya berada di bangku sekolah, kawan-kawan sekolah selalu beritahu mereka terserempak dengan abah di kedai judi tapi saya tidak percaya.

“Tuhan itu adil, mungkin Allah ingin menunjukkan kepada kami, satu hari saya dan adik sendiri terjumpa abah di tempat sama.

“Kami menangis sambil berpelukan. Saya merasa amat malu dan berfikir selama ini kami makan dan belanja duit yang abah dapat daripada hasil berjudi.

“Saya merasakan duit itu tidak halal dan tidak berkat digunakan untuk menampung kehidupan kami.

“Barulah saya sedar selama ini hidup kami tidak tenang dan tenteram kerana sikap abah yang buruk itu.

“Bukan itu sahaja setiap masa kami kesempitan wang sebab gaji abah dihabiskan untuk tujuan tersebut.

“Apabila habis duit abah minta pada mak dan kami anak-anaknya. Kalau tidak kerana mak dapat upah jaga anak orang, tentu kami semua tidak makan.

“Saya sedih melihat keadaan mak yang selalu menyimpan perasaan sedih dan kecewa terhadap kelakuan abah.

“Mak amat penyabar dan tidak pernah jemu menasihati abah supaya berubah.

“Malangnya setiap teguran dan nasihat mak dibalas dengan tengking dan jeritan.

“Sudah puas cakap elok-elok mak turut mendapatkan nasihat ustaz untuk mengembalikan abah ke pangkal jalan.

“Namun tidak ada perubahan berlaku, abah tetap macam itu juga. Sekarang abah telah pencen tetapi menghabiskan masa dan duit pencen di kedai judi.

“Kalau orang lain ada bapa yang menghabiskan hayatnya setelah berpencen dengan beribadah dan bertaubat di masjid, tapi abah saya mensia-siakan hidup nya dengan berjudi.

“Hidup kami bertambah malang apabila sering diganggu oleh orang bank yang menuntut hutang tertunggak yang dibuat oleh abah.

“Semua barang di dalam rumah hampir disita, mujurlah ada pakcik yang datang menolong kerana kasihankan kami. Itu pun abah tidak insaf dan sedarkan diri lagi.

“Sikap abah menyebabkan anak-anak menjauhkan diri daripadanya. Saya sudah jarang dan kalau boleh tidak mahu pulang ke kampung sebab abah akan minta duit tetapi kemudian hilang sehari suntuk untuk berjudi.

“Saya kini tinggal di bandar J kerana bekerja. Jika balik pun kerana rindukan mak dan adik-adik yang memerlukan perhatian saya.

“Saya amat kecewa dan sedih dengan sikap abah. Saya malu dengan kawan-kawan, jiran dan saudara mara.

“Saya teringin mempunyai seorang abah yang baik, beriman, penyayang dan bertanggungjawab.

“Sayangnya abah saya tidak macam abah orang lain. Sebagai anak saya tidak pernah putus asa untuk berdoa.

“Saya amat berharap satu hari nanti abah akan insaf dengan perbuatannya dan kembali ke pangkal jalan.

“Setiap kali solat saya tidak pernah lupa berdoa agar abah akan berubah.

“Saya teringin melihat abah sujud menyembah Allah, mengimamkan isteri dan anak-anaknya serta berdoa untuk kesejahteraan kami sekeluarga.

“Saya berdoa agar abah akan berubah sebelum Allah menjemputnya pulang.

“Pesanan saya kepada kaum lelaki yang bakal menjadi suami dan bapa jangan ikut perangai abah saya. Jadilah suami dan bapa yang bertanggungjawab dan sayangkan rumah tangga serta keluarga,” kata Azie menutup cerita.

Saya bersimpati membaca kisah Azie. Pengalaman Azie memang pahit bagi seorang anak berbanding orang lain.

Bagaimanapun saya kagum dengan ketabahan Azie dan ibunya menangani masalah ini.

Saya berharap Azie dapat mencari orang tengah untuk menyelesaikan kemelut bapanya ini seperti seperti bapa saudara atau orang tua yang disegani oleh bapanya.

Saya tahu ia sukar tetapi sekurang-kurangnya berusahalah. Pinta saya, sebagai anak, teruskan berdoa supaya bapa anda berubah.

Bapa juga manusia biasa tidak terlepas daripada kesilapan.

Saya juga berharap dan berdoa agar dalam masa terdekat abah Azie akan bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Mengundur diri, pesanan saya Sesungguhnya Allah jika mencintai dan menyayangi hamba Nya, maka Dia akan mengujinya.

Keagungan Allah

Sememangnya kita sebagai hamba amat mengagumi semua ciptaan Allah. Tidak perlu kita pertikaikan kerana sememangnya Allah maha Berkuasa dan amat mengasihani dan menyayangi Hambanya.

Sebenarnya,mula dari minggu lepas lagi aku sibuk dengan aktiviti audit perlaksanaan ISO ditempat kerja ku. Penat memang penat sebab terpaksa baca semua proses unit yang diaudit. Kalau dulu, aku cuma mengaudit unit yang sama dengan bidang tugas aku atau yang pernah aku bekerja tetapi sekarang ni aku perlu mengaudit unit lain yang aku tak mahir walau pun dulu aku pernah bekerja dalam unit ini. Itupun sekejap aje, bak kata orang ,tak mahir lagi dah kena tukar.

Dalam proses audit yang baru ni pulak mesti adakan site visit. Best juga sebab dapat naik atas gunung. memanglah kita tau, bila naik gunung atau bukit yag tinggi, kawasan tu mesti sejuk dan berkabus. Dahlah dalam perjalanan kami, terpkasa melalui perjalanan yang tak enak, yalah jalannya berlubang lubang, mana nak best. Sampaikan kawan aku kata, lari semua allignment dalam badan. Ok lagi kalau bumper besar kataku. Kalau bumper takda (kurus)mau berterabur semua sendi sendi. Bila sampai atas gunung, matahari pun tak nampak. Pelikkan, kata kawan aku lagi. Makin kita dekat dengan langit makin tak nampak matahari. Secara logiknya lah, kan gunung tu tinggi. Tapi bila kita kat bawah tadi nampak lak matahari. Itulah kebesaran Allah kata suamiku bila ceritakan dirumah. Kalau makin tinggi kita naik makin besar kita nampak matahari, mau cair atau hangus jadinya orang yang naik kapal terbang. Betul juga..
Tapi itulah hakikatnya. ALLah MAHA BERKUASA. ALLAHU AKBAR

Nuffnang