mangga

Tuesday, September 14, 2010

Ragam di Hari Raya

Biasanya hari raya kita sambut dengan pelbagai juadah, ketupat rendang, lemang, lodeh, sambal kacang, ayam masak merah dan beranika jenis lagi. ditambah pula dengan pelbagai jenis kuih muih dan beranika jenis minuman dari air panas , sejuk hingga keair bergas. Tersalah makan merana perut. Kalau merana perut pada waktu yang sesuai ok jugak, tapi kalau dibuatnya meragam masa kita dalam kereta dengan keadaan jalan raya yang tengah jem, macam mana pulak eh. Tapi itulah yang terjadi kepada mak saudaraku pada hari raya kedua yang lalu. Tragedi 11 Sep ke...

Sebetulnya, hari tu aku dan kakakku main terjah je kerumah mak saudaraku ni setelah tersilap jalan untuk beraya kerumah mak angkat di Kulai. Sampai disana hanya ada bapa saudaraku dan anak kepada mak saudaraku. Mak gi raya kat Kota Tinggi kata adik sepupuku, tapi dah dalam perjalanan balik. Sambil menunggu kami bersembang sambil menikmat juadah yang dihidangkan. Rupanya bapa saudaraku pun baru sampai dari kampung. Ahh tu mak dah balik kata sepupuku. Suami makcik ku mendahului dengan diikuti oleh mak cik dengan keadaan tergesa gesa. Sorry ada emergency lalu terus naik keatas.

Apabila turun semula, mak cikku dengan penuh semangat menceritakan kisah yang dialami dalam perjalanan pulng tadi. Rupa rupa dia mengalami sakit perut yang amat sangat, dah tak boleh tahan, dalam kereta dengan keadaan jalan jem yang teruk tadi. Disebabkan dah tertahan, dia terpaksa minta anak menantu berhentikan kereta dan melangkah masuk kat semak tepi jalan untuk melepaskan hajat. Pak cik dah gi survey dulu, rupanya tempat tu memang tempat orang melepas, dah banyak tompok tompok bekas melepas tapi disebabkan mak cik kau dah tak tahan terpaksalah dia lepaskan juga kat situ. Terpaksalah buang seluar raya dia yang mahal mahal. Bayangkanlah dengan tiada air nak cuci, hanya cuci dengan air yang dipam semula dari tempat air wiper tu. Dahlah sikit panas pulak tu.. naik selak kami sekeluarga ketawa.

Yang lebih lawak bila pakcik aku yang sediada kat rumah pulak buka cerita. Ala tu biasa aje, kalau uncle lagilah susah, cuba kamu bayangkan naik bas dari Tiram nak balik ke Tmn U, berapa kali tukar bas, berapa lama... Kalau dah sakit macam tu memang aku minta drebar bas tu berhenti je tepi hutan. Paling lawak, dia kata dia pernah melepas dalam kereta sebab dah tak tahan pastu merangkak masuk dalam rumah sebab semuanya dah basah dek bahan yang dilepaskan tadi.

Lebih kelakar bila dia certiakan, yang pakcik aku lagi seorang boleh melepas sambil naik motor sebab dah tak tahan sangat.. cuba lah bayangkan. Nasib baik dia tak naik motor macam budak budak rempit sekarang, lagi haru rasanya.. yelah naik motor sambil baring pastu siap dengan melepas yang cair lagi. hehe. sambil press minyak , dia press isi perut sekali.

Rasa macam nak guling guling dengar citer dia orang ni. Kata sepupu aku, oh rupanya keluarga dia orang ni memang spesies melepas macam ni.. lawak tullah. Bila kami nak balik pun sempat lagi mereka mengusik, Tiram gi Skudai tak jauh ok lagi ..takkan sampai melepas tepi jalan pun.. Moralnya. masa beraya ni kenalah beringat ingat semasa menikmat juadah , kasihanilah perut anda.

Sunday, September 12, 2010

Hari Raya - 10/9/2010

10/9/2010 - Rasanya macam pertama kali aku dapat balik kampung awal untuk berhari raya. Kalau diikutkan jadual waktu standby dan bekerja, aku boleh pulang awal tetapi memandangkan abangku menjual kuih raya jadi tak dapatlah aku pulang awal. Semuanya kena tunggu dia habis berjual kuih dulu, baru boleh balik . Paling cepat pun pukul 12malam kot. Akhirnya semua berubah setelah kakak aku yang berada diKL sanggup untuk singgah kerumah dahulu sebelum balik kampung. Jadi dapatlah aku pulang awal. Untuk abang pulak, kami tinggalkan salah sebuah kereta untuk dia balik kampung bersama anaknya.

Sebelum balik, aku singgah pasar beli daun ketupat dan pulut untuk buat roket (lebih macam lemang tapi dalan daun ketupat je) makanan kegemaran kami sekeluarga. Sampai kampung pukul 1.00 tengahari, jem lah sket kat jalan antara Tiram dan Kota Tinggi .

Rasanya raya tahun ni sangat meriah walaupun tak semua adik beradik aku balik. Yang bestnya dapat bergambar beramai ramai dengan sepupu sepupu dan anak anak buah. Walaupun aku terpaksa balik petang raya pertama tapi aku dapat mengikuti perkembangan suasana hari raya dikampung dari gambar yang diupload melalui Facebook mereka.


FAMILY MAK YAM & APIP

FAMILY AYAH MID & UCU


OUR BIG FAMILY

KELUARGA KU

Tuesday, September 7, 2010

Pusat Jagaan Nur Ehsan

Setiap kali Ramadhan tiba, badan kebajikan ditempat kerja aku akan mengadakan majlis berbuka puasa dan pengagihan sumbangan kepada fakir miskin dan anak anak yatim dari kalangan anggota sendiri. Semasa mula mula mengikuti program pengagihan sumbangan kepada orang orang miskin memanglah tersentuh hati tetapi bila dah biasa, rasanya hati makin keras. (dah tak gembeng kata orang jawa). Biasanya, setiap kumpulan perlu menghantar ke 4 atau 5 rumah orang miskin/anak yatim. Dulu kalau 5 rumah, 5 kalilah airmata mengalir. Sedih giler. Rupanya dalam zaman negara dah maju ni masih ada lagi orang orang yang fakir dan miskin. Masih ada lagi yang menyewa rumah kotak, orang yang memasak menggunakan ranting ranting kayu yang dikutip disebabkan tiada duit untuk makan dan membeli minyak atau dapur gas. Sekarang aktiviti ni dah jadi aktiviti tahunan bagi aku.Nak bersedekah bantu mereka semua ni, duit pun tak banyak jadi rasanya berbaloi juga kalau dapat mengikuti program ini.

Tahun ni, kami mengadakan majlis berbuka puasa di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan yang terletak di Kempas. Pusat Jagaan ini dikendalikan oleh sepasang suami isteri dan kebanyakan warga yang ada disini adalah orang orang yang tidak dituntut dihospital, yang terbiar, ada juga yang dihantar/tinggalkan oleh anak anak mereka.
Majlis malam tu dimulakan dengan bacaan sajak oleh seorang penghuni pusat jagaan Memang menyentuh perasaan...aku tengok ramai rakan sekerja yang mengesat ngesat mata. Sajak berkisah kisah seorang bapa yang ada anak 10 orang tetapi ditinggalkan dipusat jagaan tersebut. Menurut pengurus pusat jagaan ini hanya 7 orang sahaja yang sihat (boleh berpuasa) dari sejumlah penghuni disitu. So, kami semua perlu menyuapkan/melayan penghuni disitu semasa waktu berbuka. Berbagai kerenah orang tua tua disini. Ada juga sepasang suami/isteri yang saling menyayangi walauupun kedua dua tidak berapa sihat. Romantiknya, masih makan bersuap suap walaupun keadaan mereka begini. ..




Lokasi Pusat Jagaan Nur Ehsan




Pelik,Benar atau Kreatif

Setiap hari kita melihat beranika jenis iklan, tak kira iklan barangan yang hendak dijual, perkhidmatan yang disediakan, rumah untuk disewa/jual, barangan makanan, iklan rumah kedai atau menu makanaan diakedai dan lain lain. Walaupun pihak berkuasa berulang kali telah menegaskan kepentingan bahasa dan ejaan yang betul dalam pembuatan dan papan iklan tetapi masih terdapat juga iklan iklan yang pelik pelik. Mungkin kah ianya memang betul atau salah ejaan atau melambangkan kreativiti syarikat tersebut.



Menu Makanan
Pernahkah anda makan menu ini








Kedai Makan



Nuffnang