mangga

Sunday, March 13, 2011

Minggu yang mengharukan

Minggu lepasku rasakan minggu yang amat amat mengharukan aku. Semuanya bermula dengan mesej yanga ku terima pada awal pagi Selasa. Jasni parah, yang meninggal belum dikeluarkan belum dikeluarkan. Pantas tangan aku mendail nombor penghantar mesej sambil menyemak email senarai nama yang turut serta kursus tapi tak berjawab. Aku dail pula nombor kawanku yang lain, berjawab. Sape yang meninggal? Wahab dan Malik.
Mataku dah berair sambil aku mendail nombor telefon rumah mak kat kampung. Mendengar suara kakak, aku terus menjerit menceritakan kemalangan. Melalak sakan aku, apa taknya mereka semua kawan kawan ku dan dulunya rakan kerja setempat dengan ku.

Bila pegawai atasanku masuk, aku menjerit lagi mengkhabarkan berita tersebut. Dalam kesibukan aku memberitahu rakan rakan yang lain, pegawai atasanku telah meminta rakan sekerja ku berkumpul untuk mengadakan bacaan yasin dan tahlil bagi mereka yang terlibat dengan kemalangan jam 10 pagi.

Setelah selesai majlis tersebut, kami dimaklumkan Jasni akan dibawa ke hospital HSA. Aku cuba telefon nombor telefon bimbit Jasni sebab tak tahu nombor telefon isteri dan anak2nya. Alhamadulillah anaknya jawab dan beritahu emaknya yang mengiringi dalam ambulan. Dalam pada tu, rakan rakan yang lain sibuk meminta aku pindahkan Jasni kehospital pakar. Pening sekejap dibuatnya. Macam mana nak buat tapi rakan aku yang lain cuba telefon pihak yang lain untuk mencari prosidur yang sepatutnya.

Jam dah pukul 1 lebih, aku cuba telefon isteri Jas, alhamdulillah berjawab dan tanyakan samaada dia dah sampai belum. Dah katanya tapi takda wakil jabatan yang tunggu dihospital, tolonglah datang. Selepas solat aku dan pegawai atasanku pergi ke hospital. Dalam perjalanan keHSA, aku terima panggilan mengatakan Jas pun dah meninggal. Melalak lagi aku sambil bawa kereta. Pegawai atasan ku dah panik. Saya tak percaya , katanya. Kami teruskan juga perjalanan ke HSA. Oleh kerana sukar untuk mendapat tempat letak kereta, aku turunkan dulu pegawai atasan ku dikawasan kecemasan dimana Jasni ditempatkan. Setelah parking kereta ,aku yang dalam keadaan tertanya tanya melangkah kearah isteri Jas dieunit kecemasan, betul ke berita tadi sambil mengerling kearah pegawai ataasanku. Dia mengangguk. Eh betul ke berita tadi. Air mata dah melimpah lagi sambil aku memeluk isteri Jas. Kita doakan dia ye..kata isteri Jas.

Dengan lemah aku melangkah kearah pegawai atasanku. Jas ok, tengah scan.katanya. Alhamdulillah, Jas selamat rupanya. Kami berada di HSA sehingga pukul 5.45 petang menguruskan pemindahan ke hospital KPJ dan setelah selesai urusan barulah kami balik dengan perasaan sedar 'betapa lapar dan letihnya kami bertiga' Rasanya yang 3 orang lagi pun begitu juga. Tapi aku juga terkilan kerana tidak dapat menziarahi jenazah 2 rakanku buat kali terakhir. Doaku , semoga mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Seminggu yang lepas pun boleh dikatakan setiap hari aku kehospital melawat Jas dan menadah telinga mendengar pertanyaan dia tentang 2 rakan yang meinggal. Cuma pada hari Jumaat saja dia baru diberitahu tentang keadaan sebenar 2 orang rakan kami itu.

Nuffnang