mangga

Saturday, April 12, 2008

Bak, Dalam Kenangan


30 Mac 2008
Dalam kepayahan aku yg masih sakit ketegangan urat kaki sebelah kanan, aku mengajak abangku Hisham balik kampung untuk menjenguk orang tuaku di kampung. Kebetulan baru dapat bonus, jadi aku berkira kira untuk membelikan TV baru untuk mereka kerana TV sediada dah rosak. Dalam sibuk aku memilih TV untuk dibeli kakak ku menelefon. 'Bak asyik tidur je, tak nak buka mata lagi' . Ya lah kata ku. Tidak juga ku beritahu dimana aku berada walau pun pada masa itu aku telah sampai kekampung.
Sampai dirumah, kami berdua menyapa Bak, alhamdulillah Bak buka mata dan duduk. Baru mandi kata emak. Abang hulur rokok, Bak hisap rokok, tapi macam biasa banyak buang kat angin je. 'Dah lama Bak tak minta rokok, kata kakak. Abang pasang TV baru.. 'Alah memang lah Bak tidur je, tak da apa yang boleh ditengok, TV pun rosak ya Bak, Kataku.. Bak selamba aje. Selepas mak suap bubur, Bak tidur semula. Aku dan abang ke rumah abang long aku utk hantarkan makanan kucing kesayangan ku dan solat . Tiba tiba telefon berdering, Bak jatuh kat bilik air, kata mak. Kami berdua terus kesana semula. Selepas abangku mengangkat Bak dari bilik air dan mandikan, Bak tidur semula. Ku lihat pandangan Bak macam kosong je. Pukul 6 ptg aku dan abang balik semula kerana anak anak saudara ku semuanya bekerja petang. Semenjak aku sakit, semua urusan mengambil mereka balik kerja semua abang ku yang buat.
1 April 2008
'Bak sakit kuat', kata kakak ku kepada abangku. Waktu pukul 6pagi, abang masuk bilik ku dan khabarkan pada ku. Kau telefon lah mak semula dan cakap kalau nak balik. Selepas solat ,aku telefon mak bertanyakan khabar Bak. Rupanya dari semalam Bak dah tak buka buka mata dan bangun. segera ku beritahu kepada suamiku dan mengajak dia balik sama. Kami balik bertiga. Sampai dikampung, rupanya dah ramai yang datang menziarahi Bak. Tapi terkilan juga, ada yang datang masih bercerita suka didepan Bak yang sakit. Melihatkan keadaan Bak, aku dapat rasakan masa Bak dah pendek. 'Ana, Bak sakit ,kataku kepada Ana,kakak ku di KL. Kau jangan main main, kata Ana. Tangisan nya sudah kedengaran dihujung talian telefon. Macam mana aku nak balik, kereta rosak. Aku balik dengan Afiq dulu naik bas petang ni. Kalau ada apa apa biar Along ambil Aliff, Kata Ana. Kau tak kesiankan Aliff ke?,kata ku.Tapi sempat ke? Jangan jadi macam dulu lagi.. Tangisan Ana makin meninggi.Aku akui Ana telah terlepas waktu Opah dan Mak Jarah meninggal tahun lepas, tak sempat nak tengok jenazah, Ana cuma sampai waktu Opah sedang dikebumikan.Tapi apa yang dapat ku buat, Opah meninggal tanpa sakit teruk cuma semput selepas minum petang aje. Aku balik tengahari ni dengan kereta aku, kereta pun rosak tak teruk sangat, kata Ana. Oklah tapi beritahu Mona dengan Along kalau dah nak balik, kataku. Aku beritahu anak anak saudara ku, Fifi dan Ecah suruh minta cuti esok. Berapa hari, tanya Fifi. Tak ku jawap pertanyaan nya.
Bila semua dah balik, aku dan suami bacakan Yasin utk Bak. 'Kesian Bak. dia tengah dalam kepayahan Yang, baik kita solat sunat agar dimudahkan pemergian dia kalau sudah sampai masanya, kata ku pada suami. Saudara mara dan jiran jiran semakin ramai yang datang.Selepas solat maghrib, aku dan suami bisikkan kalimah syahadah dan minta ampun dari Bak ditelinga Bak. dapat ku lihat, Bak mengikut membaca kalimah syahadah walaupun tiada suara yang kedengaran.
Aku dan suami balik dalam pukul 8malam. Ana dan Along sudah sampai Kluang. Keadaan Bak masih tak berubah. Mungkin dia nak tunggu semua anak anaknya. Nanti, dah sampai JB, kau siap siap dengan budak, pukul 12mlm,aku sampai terus kita balik semula kampung ya, kata Hisham. Yalah,kataku.
Tiba di Tiram, telefon berdering. 'Bak dah takda',kata Ana dalam tangis. Berderai airmataku. Sabarlah Yang, kata suamiku. Syukorlah penderitaan Bak tak lama. Sempat juga Ana jumpa Bak buat kali terakhir. Telefon berdering lagi, macam mana, sekarang kata Hisham. Tak apalah, nanti aku balik ambil budak budak, kemas baju aku dengan kau sekali, aku boleh balik bertiga, kata ku. Oklah, kata Hisham. Kami sampai di Jb pukul 10mlm, aku terus ketempat Fifi bekerja dan khabarkan berita dan minta dia beritahu Ecah dan minta balik cepat sebab kami perlu balik semula kekampung. Kesakitan ku hilang. Boleh ke bawa kereta? tanya suamiku. Boleh rasanya, dah tak rasa sakit lagi, kataku. Suamiku berjanji untuk balik kampung esok pagi memandangkan ada urusan pejabat yang perlu diselesaikan dahulu. Sampai dirumah,selepas berkemas, solat Isyak ,kami bertiga balik kekampung semula dan sampai pukul 1pagi.
Sudah ada rakan sekerja ku dan jiran yang datang menziarahi. Aku duduk baca Al-Quran disisi jenazah Bak hingga pukul 3.30pagi. Sakitku datang semula.Kemudian kakak ku pula membaca Yasin. Aku tidur ditepi katil jenazah Bak. Aku bangun pukul 6pagi utk solat. Kakak dan mak sudah mula baca Yasin. Setelah selesai solat aku minta mak ketuai Tahlil untuk Bak dan aku terus membaca Yasin sehingga jiran jiran mula datang menziarah. Seawal pukul 7pagi, jiran jiran mulai datang menziarah.
Dalam kesibukan menguruskan pengebumian arwah Bak, aku tercari cari suamiku. Cepat Ayah, orang dah nak mandikan tu,kata ku pada suami. Kulihat cuma Hisham seorang sahaja yang sibuk. Abang ku yang tua sibuk menguruskan penyediaan kubur dan yang lain. Syukor Atuk aku sempat sampai selepas Bak dimandikan.Kulihat Mona menangis semasa beratur nak mencium jenazah Bak. Memang dia tiga beradik rapat dengan kami sekeluarga kerana mak dan Bak yang jaga mereka dari kecil. Rasa terkilan dihatiku kerana Yaya masih belum sampai.Pukul 11.30 pagi Bak selamat dikebumikan. Terharu melihatkan rakan rakan sekerja ku yang mengangkat jenazah bapaku ke van jenazah.
Dirumah, jiran jiran telah menolong menyediakan makanan untuk tengahari. Sebelum makan tengahari, Pak Ishak telah mengetuai majlis tahlil disertai kaum keluarga. Alhamdulillah, semua telah selesai. Aku cari suamiku dan kenalkan kepada saudara maraku. Naik pening dia dibuatnya. Selesai semuanya, dia bertanya, mak dan bak berapa adik beradik. Mak ,16 tapi tinggal 13,Bak pula tinggal 5 beradik , 2 dah meninggal. Patutlah ramai sangat, katanya. Tapi kenapa Hisham sorang yang mandikan Bak? Anak lelaki cuma 2 orang Ayah sebab tu orang suruh Ayaha cepat tadi, kataku menjawap pertanyaan suamiku. Teringat semasa arwah Opah dulu, kami semua cucu cucu dan anak anak Opah yang mandikan Opah. Yaya sampai, kulihat matanya bengkak, mungkin semalaman dia menangis. Kalau ikutkan hatiku dan tahu akan jadi begini, kalau aku sihat memang aku pergi ambil dia di Melaka malam tadi. Tapi semua dah berlalu dan tak dapat diundurkan.
Aku,Ana, Along, Atie dan Hisham berada dikampung sehingga selesai khenduri 3 hari.
Kini sudah 12 hari Bak meninngalkan kami. Semoga roh Bak dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan yang soleh. Terima kasih kepada semua yang telah menziarahi dan membantu jenazah Bak hingga khenduri arwah. Semoga Allah akan membalas jasa kalian semua. Amin.

Nuffnang