mangga

Monday, August 16, 2010

Ramadhan oh Ramadhan

Setiap kali menjelang bulan Ramadhan, semua orang sibuk mengira peluang perniagaan, peluang untu mengerjakan ibadah dibulan yang mulia, menanamkan cita cita untuk menguruskan badan dan tak kurang juga yang sibuk mengira gira juadah yang akan didapati pada bulan puasa. Yalah seperti yang kita semua maklum dibulan puasa nilah kita dapat merasai berbagai bagai jenis juadah yang kita sukar dapat pada hari hari biasa. Macam macam kuih dan masakan yang disediakan, tak kiralah samaada di bazar ramadhan, hotel hotel, restoran, warung dan tak kurang juga disediakan dirumah. Mintalah apa pun,insya Allah akan ada, lebih lebih lagi kalau yang meminta tu anak anak kecil yang baru baru belajar puasa. Kononnya nak bagi sokongan moral. Padahal semuanya tu membuat kita terpesong dari objektif puasa yang sebenar.

Bila dibazar Ramadhan semua yang dilihat akan membuat kita boleh hilang pertimbangan, semuanya nak dibeli hingga terlupa kadar sebenar yang larat kita makan. Kadang kadang banyak yang membazir je. Kalau yang berjiran pulak, dahlah beli bermacam macam juadah tiba tiba jiran jiran bagi lagi juadah lain. Dah penuh 1 meja. sapelah yang nak makan yek. Teringat masa aku masih bersekolah dulu, setiap hari dalam bulan puasa ni, tak pernah pun kami berbuka dengan nasi. Mesti mak atau ayah aku masak beranika jenis mee, bubur ,sup, roti. Kuih 1 jenis je masa berbuka. Adat duduk dikawasan perumahan pekerja (kuarters)kat kampung, menjelang waktu berbuka puasa nanti jiran jiran akan menghantar juadah kerumah. Selalunya kalau nak balas pemberian jiran jiran ni,mak akan masak mee dalam kuantiti yang banyak. KIra jimat buat satu jenis tapi dapat makan beranika jenis. Kekadang tu sampai penuh satu meja. Bayangkanlah masa tu, cuma kami berempat saja kat rumah kerana kakak dan abang aku semua dah bekerja dan belajar ditempat lain. Nak tak nk terpaksalah aku jadi tong sampah untuk menghabiskan, nak buang lagi sayang, nanti nangis makanan tu kata mak.

Bagi yang ada anak anak kecil yang baru belajar berpuasa, sudah tentu bermacam macam kuih yang diminta kalau pergi bazar ramadhan. Kenangan aku masa mula mula bekerja dulu dimana mak aku menjaga 2 orang adik sepupu aku. Bila pergi bazar ramadhan, bab beli makanan berbuka ni, budak 2 orang tak kisah sangat pasal kuih tapi lebih minat pada memilih air untuk berbuka Setiap seorang akan memilih sekurang kurang 3 jenis air (tak nak kongsi pun, kalau cuit, nangis), Kalau sebungkus RM1, 6 bungkus dah RM6. Kalau dah setiap hari rm6, sebulan dah RM180, belum masuk nak beli yang lain lain. Mujurlah dibazar ramadhan kampung aku ni, bila dah dekat dekat masa berbuka semua kuih dilelong. Jadi setiap hari kami terpaksalah menunggu dibazar ramadhan sampai dekat waktu berbuka. Duduk kat kampung bolehlah sebab mana ada jalan jam, traffic light pun takda kat kampung.

Walaubagaimanapun cara kita menghayati bulan Ramadhan ni, biarlah ianya mencapai objekif puasa yang sebenar dan beribadah sebaiknya dan termampu. Janganlah kita biarkan bulan Ramadhan yang mulia berlalu begitu sahaja tanpa apa apa kesan pada diri kita.

Friday, August 6, 2010

Merancang Keluarga

Semua budak budak betina aku dah bawa gi suntik pencegahan bunting (perancang keluarga), kata kakak ku. sememangnya dari minggu lepas dia dah bagi tau nak bawa keempat kucing betina yang ada kat rumah mak aku kepejabat haiwan untuk ambil suntikan ubat perancang keluarga (mencegah bunting) untuk tempoh 6 bulan. Harganya RM25 bagi setiap ekor. Aku kena pergi 2 kali sebab Si Gracie ni tak geng dengan Si Rozie ngan Si Bobby. Macam mana nak bawa? Aku kena isi dalam sangkar lah, takpun isi dalam bakul baju kotor. Alah, kalau Si Montel tu kau isi je dalam beg plastik, kan dia suka dalam beg plastik. Si Rozie ngan Si Bobby tu tak kisah sangat sebab dia dah biasa naik kereta jauh jauh,maklumlah orang KL. Alangkan dari KL boleh rilek duk dalam kereta sampai kampung ini kan nak pergi Pejabat haiwan yang beberapa Km je. Setahu akulah kalau nak ikat terus (tak nak kasi beranak) harganya RM150 setiap ekor kalau kat pejabat haiwan tapi kalau kat klinik swasta RM500.

Akhirnya semalam kakakku dah bawa anak anak betina ni pergi suntikan perancang keluarga. Bobby tak boleh kata kakak aku. Orang pejabat tu kata tak boleh lagi sebab dia baru beranak. Macam orang belum habis pantang pulak kataku. Atau dia tak nak, anak anak yang masih menyusu tu keracunan. Jadi gantinya kakakku bawa Si TAm Tam, kucing kami dirumah abang long aku. Selepas pemeriksaan kesihatan samaada kucing kucing ni bunting atau tak barulah kesemuanya diberi suntikan. Takut jadi kes menggugurkan kandungan. Selalu kita dengar kat TV atau radio atau baca kat surat khabar je salah kalau menggugurkan kandungan, rupanya untuk binatang pun ada etika yang sama.

Perkara yang betul betul aku puji pekerjaja pekerja di pejabat haiwan ini, bila kakak aku citer, sebenarnya ubat tu takda kat sana tapi mereka ni sanggup dulukan duit mereka untuk beli ubat ni disebabkan ada permintaan dari kakak aku.Kira kira bayaran yang dikenakan adalah modal beli ubat yang mereka telah dahulukan. Hakikatnya kesanggupan mereka adalah kearah memuaskan hati pelanggan mereka. alangkah bagusnya kalau semua pekerja ada sikap seperti mereka ini.

Inilah wajah ke empat emppat anak betina yang mengambil suntikan merancang keluarga.



Rasanya cukuplah dah ada 10 ekor kucing kat rumah ni buat masa ni.Nanti kalau yang 4 ekor anak anak Si Bobby dah besar, bolehlah difikirkan untuk bagi peluang mereka ni beranak lagi.hehe. Anak anak Bobby pun belum ada nama lagi, tengah difikirkan. 2 ekor betina dan 2 ekor lagi jantan.

Nuffnang