mangga

Tuesday, November 16, 2010

Batu Kikir Jombatan Bosi

Tanggal 13 November yang lalu amat memberi erti kepada aku kerana dapat bertemu dengan seorang teman yang selama ini aku hanya bertemu dan berbual dialam siber sahaja. Pertemuan ini berlangsung dihari persandingan sahabat ini. Mulanya tidak pasti samaada boleh pergi atau tidak menghadiri majlis ini. Setelah suamiku memberi kebenaran, aku terus menelefon sepupuku yang belajar setempat dengan sahahbat ini. Yalah kena fikir banyak kali nak pergi sebab tempatnya jauh dan aku tak pernah pergi. Sepupuku pernah pergi tapi tak berapa pasti tempatnya.

Akhirnya pagi itu, aku bertolak seawal pukul 9.00pagi dengan rasa konfiden sikit sebab sepupu aku yang bekerja di Putrajaya akan menunggu di Tol Senawang. Dia dah biasa lalu jalan Ke Kuala Pilah, tempat majlis ini berlangsung adalah disini.




Sampai di Melaka, kami singgah mengambil 2 orang lagi kawan sepupuku. sambil menunggu kedua mereka sampai aku menelefon sepupuku di Putrajaya memandangkan ia telah menghantar mesej mengatakan tidak dapat turut serta kerana ada kerja yang perlu disiapkan. akhirnya, kami berempat meneruskan perjalanan dengan berpandukan GPS sahaja. Ingatkan pakai GPS ters betul, rupanya tidak, betul memang betul tapi dia sentiasa 'calculate' jalan yang lain sekiranya kita telah tersalah jalan. Mula mula dah tawaf GIANT , jumpa hospital,pastu masuk kawasan perumahaan ELIte gitu, lawak tul.Akhirnya jumpa simpang ke Kuala Pilah.

Perjalanan kami teruskan dengan melalui pemandangan kawasan Bukit Putus, Ulu Bendul, perkampungan Bduaya Negeri Sembilan, nampak simpang ke Istana Menanti. Best juga, tak apa , balik nanti kita singgah. Sekali lagi kami tersalah simpang utk ke kampung paya lebar,, susahnya nak jumpa kg ini. Rasanya kami termasuk jalan ke kampung orang asli di Juaseh. Tapi jambatan besi tak jumpa juga. Agaknya dah runtuh kot.
Akhirnya kami sampai pada pukul 3 petang, itupun pengantin dah habis bersanding. Lepas makan dapat jugalah bergambar dengan pengantin. Pengantin pun hanya kenal aku setelah salam kali kedua, itupun adik sepupuku yang kenalkan. Mungkin dia tak sangka aku akan datang.

Dalam perjalanan balik, pesta perjalanan bermula dengan singgah di Istana Menanti. Malangnya tak dibenarkan bergambar dalam istana terpaksalah bergambar diluar aje. Pastu singgah pula di Ulu Bendul. Sampai Skudai pukul 9.00 malam, aku berdua terus pergi menjamu selera di restoran Mama Lyn BBQ and Steamboat di Mutiara Rini. Makan lagi,,jauh perjalanan perut pun laparlah kan..

Sunday, November 7, 2010

Perginya Seorang Teman (Khas Buat Allahyarhammah Pn Rusni Mohd Yusof)

Pagi pagi lagi aku dikejutkan dengan berita kematian seorang rakan sekerjaku Allahyarhammah kak Rusni. Memamg terkejut kerana selama ini aku tidak mengetahui yang dia menghidap penyakit kanser. Lebih terkilan kerana selama 2 minggu yang lepas aku asyik berulang keKluang bagi menyemak fail untuk diaudit oleh pihak SIRIM. Kalaulah aku tahu, sudah tentu aku tidak melepaskan peluang untuk menziarahi beliau semasa hayatnya. Nasi dah jadi bubur, semuanya telah berlalu.

Aku hanya pergi berdua dengn kak Zah tetapi agak lewat sedikit dan kami hanya sempat menziarahi di kala pemgkebumian sedang dijalankan. Hanya itu yang dapat aku ziarahi walapun telah cuba secepat mungkin. Nak bawa laju takut kena saman pulak.

Disitu barulah aku tahu, rupanya beliau telah lama menghidap penyakit tersebut tetapi tidak mahu orang lain tahu. Mungkin beliau tidak mahu orang lain bersimpati atau susah. Tapi apalah salahnya. Bak kata pepatah. 'What's friends are for'. seorang sahabat sejati mestilah sahabat yang sentiasa bersama kita dimasa senang dan susah.

Buat Allahyarhmmah kak Rusni, insya allah aku akan sentiasa mengingati disetiap kali berdoa dan akan sentiasa menghadiahkan 'Al-Fatihah'. Segala jasa akak kepada saya akan sentiasa saya kenang. Buat keluarga beliau, takziah diucapkan dan semoga tabah menghadapi kehidupan seterusnya.

Friday, November 5, 2010

Semangat 1 Malaysia

Setiap hari kini dilaungkan dan diingatkan agar mengamalkan semangat 1Malaysia. Sentiasa bekerjasama tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. Pada auk semangat ini telah lama ada dalam segelintir rakyat malaysia, cuma dulu tiada slogan sebegini yang dilaungkan oleh para pemimpin besar. Ianya menjadi begitu penting apabila PM kita melaungkan slogan ini.

Sebenarnya aku telah pernah melalui semangat 1Malaysia ni beberapa kali sebelum slogan ini dlaungkan oleh PM kita. Sekadar mahu berkongsi pengalaman dan mengucapkan terima kasih sekali lagi pada mereka meraka ini yang telah menolong aku sewaktu dahulu. Mungkin mereka pun dah lupa pada peristiwa ini.

Pengalaman 1.
Kejadian berlaku pada tahun 1982, ketika aku masuk hospital Kuala Lumpur kerana menjalanipembedahan lutut. Waktu tu, aku baru memasuki pusat pengajian. baru menjejakkan kaki ke KL dan masih buta tentang penggunaan telefon. Tak pernah pun guna telefon. Semasa masuk hospital abang ipar yang menghantar ke hospital. Kemudian terkial kial aku nak menelefon kakak aku kerana tiada guarantor pada surat kebenaran untuk pembedahan. dalam aku terkial kial nak menelefon, akhirnya ada seorang Pak cik yang menolong aku menelefon kakak aku. Terima kasih pak cik. Tiada siapa pun yang melawat. Sedih tak terkira. memang pantang aku kalau dengar orang cakap 'Kesiannya" Terus berderai air mata . Sudahnya, bila dekat watu melawat aku tidur. Selesai 1 masalah. Masa tu aku terfikir kalaulah ada orang macam mak dengan bapa aku yang setiap hari melawat hospital walau pun tiada saudara yang sakit. Esoknya aku dibedah. Sepanjang masa menunggu untuk dibedah, abang attendan duduk sebelah aku sambil bercerita untuk menenangkan hati ku. Terima kasih abang. Siapa namanya pun aku dah lupa. Esoknya bila aku sedar, kaki aku dah berbalut. Bila doktor datang untuk pemeriksaan, aku disuruh berjalan. Ok, kata doktor. awak dah boleh keluar. dalam aku terpinga pinga, emak kepada amoi sebelah katil aku, yang patah pinggang sebab bas yang dinaiki jatuh gaung menwarkan diri. Selepas kemas barang, aku mengekori nyonya tadi. aku dibawa ketempat mengambil ubat. Aku disuruh duduk. Nyonya tu yang beratur mengambil ubat untuk aku. Setelah selesai, aku mengekori nyonya tadi.
Kali ni nyonya tadi menahan teksi untuk aku. Sepanjang jalan dari wad sampai ke tempat teksi, beg aku dibawa oleh nyonyan ni. Ah betapa mulianya hati nyonya ni.


Pengalaman 2.
Hari tu aku dan adik sepupuku pergi ke JJ. Sampai disana, aku terus letak kereta berhampiran dengan pintu masuk, betul betul atas longkang besar yang ditutup dengan jaring besi. Semasa membuka pintu untuk keluar tiba tiba adik sepupu ku menjerit, Kenapa, kataku. Kunci rumah jatuh dalam longkang. Adui..masalah2. Aku reverse dan letak ditempat lain. Jaring besi yang berat tu aku angkat (macam angkat cover mainhole lak). Aku cuba hulurkan tangan tapi tak dapat capai kunci rumah. Takkan nak masuk dalam longkang pulak. Kalau masuk macam mana nak keluar nanti. Cuba kait pakai payung pun tak lepas. Orang yang lalu lalang cuma tengok je. Takda siapa pun yang berminat nak tolong. Akhirnya lalu satu pasangan (couple) Cina dan tanya kepada kami yang duduk tepi longkang. Setelah menerangkan masalah, budak lelaki ni tanya ada air tak. Ada, kataku dengan hairan. Kemudian budak Cina ni terus terjun dalam longkang dan ambil kunci rumah. Selepas naik dia minta air tadi untuk basuh kaki. Terima kasih pada couple ni, harap harap mereka dah berkahwin dan bahagia sekarang.

Monday, November 1, 2010

Besday oh besday

Selalunya setiap tahun tiada sambutan yang istimewa menjelang ulangtahun hari lahir aku. Rasanya, cuma tahun ini aje yang lebih istimewa. Biasanya setiap tahun suamiku akan memberi sejumlah wang sebagai hadiah. Terpulang padaku untuk beli apa yang aku suka. Tahun ni begitu juga, cuma hadiah ni aku terima awal sedikit memandangkan gaji keluar awal. Jadi suamiku awal awal dah bagi hadiah ni. Memandangkan minggu lepas aku dan suami bercuti kerana nak pergi kepejabat tanah untuk urusan penukaran nama rumah yang aku beli selepas habis bayar ansuran, jadi selepas urusan tersebut aku ajak suamiku ke kedai untuk membeli hadiah. Takdalah beli yang baru, cuma 'upgradekan' yang lama dengan sedikit tambahan. Pelik suamiku melihat harga nilaian yang diberi oleh kedai untuk barangan yang lama. Yalah, sekarang barang semua dah naik harga, kataku.

Semalam, kami ke Segamat menghadiri jemputan sahabat lama. Dalam perjalanan suamiku dah 'sound'..nak celebrate kat mana . Entah eh. Tak apa, fikirlah sampai balik Johor semula. Sampai di tol, suamiku tanya, apa keputusannya. aku jawab, nak makan meehoon crispy kat Kota Raya. Jadi kami terus ke bandar, kemudian baru balik rumah.

Hari ni, aku menghadiri jemputan anak buah aku yang akan berangkat ke Mekah pada 7hb. Nov. Berbagai jenis makanan ada. Ada nasi ayam, laksa penang, sate, mee rebus, cendol, sup gear box dan kuih kuih. Aku cuma makan laksa penang, sup gear box dan 3 cucuk sate sambil sembang sembang dengan anak anak buah. Tapi tak sangka pulak dapat hadiah dari anak buah yang aku tolong dapat kerja setempat dengan aku. Rezeki rezeki.

Lepas maghrib pulak, aku keluar makan steamboat dengan abang dan anak buah aku kat rumah. Yalah dah janji sejak minggu lepas. Bukan apa nak try kedai baru buka ni. Ok juga tapi aku tak larat nak makan sebab dah makan laksa dan sup tadi. Cuma tengokkan abang dengan anak buah aku makan. Perut pn dah sakit macam mana nak makan banyak banyak. Biasa pun tak makan banyak. Susah lah nak adjust perut ni. Apa apa pun, kira kiranya, sambutan ulang tahun hari lahir tahun memang berbeza dari biasa.
Terima kasih buat semua yang wish, tak kira melalui SMS atau FB. Harap harap tahun depan tercapailah cita cita yang satu.. Amin.

Nuffnang