mangga

Saturday, September 10, 2011

Malaysia, Tanah tumpah darahku

Nama aku Blacky. Tuan aku berbangsa Cina dan kami tinggal dikawasan perumahan yang diduduki oleh berbagai bagai kaum.


Berhampiran rumah aku terdapat rumah keluarga Melayu yang mempunyai seekor kucing hitam seperti aku. Bukan kucing peliharaan tetap rumah tu tapi Si Hitam ( ni nama panggilan dia) ni memang kucing gelandangan yang amat disayang oleh seisi keluarga rumah tersebut. Mungkin sebab Si Hitam pandai mengambil hati mereka. Mewah betul makanan Si Hitam. Manja tak boleh nak kata, tidur sampai kat atas katil lagi. Kalaulah aku dapat, mesti best kan. Lebih lebih lagi masa Si Hitam demam selsema, aku tengok macam macam ubat diberikan. Jealous aku tengok. Tapi kini dah beberapa bulan Si Hitam tak kelihatan, agaknya dah mati.

Dalam diam diam aku dan kawan kawan gelandangan yang lain mencuba nasib menumpang makan dirumah tersebut. Botol makanan kucing sentiasa tersedia kat depan rumah ni. Kalau kami semua ada, tuan rumah tersebut akan menuangkan makanan untuk kami semua. Jadi aku mengambil kesempatan untuk memenangi hati semua ahli keluarga dirumah ini dan menghalang kucing kucing gelandangan yang lain untuk cuba menumpang makan. Malang nasib aku, percubaan pertama untuk masuk rumah, aku dimarah gara gara kencing dilangsir pintu depan rumah. Hei, anak aku tak pernah pun kencing dalam rumah tau!!! Jerit tuan rumah tersebut. Aku terus lari. Tapi itu semua dahberlalu, walaupun aku tak dapat masuk rumah tapi aku masih boleh berbaring tidur di porch atau diatas kereta. Semua ahli keluarga dirumah ini memanggil aku "ARANG" mungkin sebab aku warna hitam juga macam Si Hitam dulu. Pening juga kepala aku, dah ada 2 nama. Pastu 2 bahasa pulak tu aku kena faham. Bahasa Cina dan Melayu.

Semalam seperti biasa, waktu petang semasa tuan rumah balik kerja, dia tanya kenapa aku duduk depan pagar tak masuk porch. Aku diam aje sambil tunggu dia buka pagar. Bila masuk pagar, aku lihat anak jiran tuan baru ni (Orang India) tengah main pistol air. Ah, ni tak boleh dekat dekat, kang basah pulak. Terdengar tuan rumah aku menuangkan makanan. Tiba tiba anak jiran tu cakap 'Go eat, go eat". Sudah berapa bahasa aku kena belajar ni. Kena belajar bahasa Inggeris pulak ke? Jangan lepas ni dia cakap Tamil dengan aku sudah. Susahnya jadi kucing di sini yang mengamalkan 1Malaysia..

Sunday, August 14, 2011

Hari Kidal Sedunia

Baru tahu ada sambutan Hari Kidal Sedunia pada 13hb Ogos, itupun orang duk wish kat FB dan adik aku sibuk lepas tengok Buletin TV3 semalam. Bangga juga jadi orang kidal eh, siap ada hari sambutan sedunia pulak, tapi dalam keluarga aku boleh dikatakan semua ada wakil anak yang kidal, bermula dari arwah Atuk yang kidal, kemudian mak ucu, keluarga aku, akulah wakilnya. Keluarga mak ngah pun ada , Keluarga arwah mak jarah ada gak, Si Yazid yang sebaya ngan aku. boleh kata semuanya kelurga ada wakillah sampai kecucu cicit. Anak abang aku pun ada yang kidal. Agaknya kalau kumpulkan waris keturunan AWJ ada berapa orang yang kidal ek? Nak kena post wall group AWJ nampaknya.

Berbagai cerita juga aku baca dari blog blog dia, best juga semuanya menunjukkan keunikan masing2 walaupun ianya tak sama antara sama lain. Antara blog blog (pada tuan blog aku mohon share citer kau orang eh)

Blog 1: http://intizhar-kalamhati.blogspot.com/2011/08/13-ogos-hari-kidal-sedunia.html
Math aku ok je sebab memang favourite subjek..

Blog 2: http://penaberkala.blogspot.com/2011/08/13-ogos-hari-kidal-sedunia.html
Aku pegang mouse tangan kanan, jd sambil wat kerja, tangan kiri boleh tulis apa2 yg patut.

blog 3 :http://oneiezz.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-kidal-sedunia.html
Best juga jadi macam kamu,penat tangan kanan, tangan kiri boleh take over...hehe

blog 4; http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-kidal-sedunia-13-ogos.html
Part yang payah nak aku ubah, makan dengan tangan terutama bila makan yg ringan ringan macam kuih2, ketam ke, kalau nasi memanglah pakai tangan kanan. Kalau pakai sudu pun aku still kidal...puihhh payahnya nk ubah rasanya macam lambat dan tak puas lak makan dibuatnya.

Thursday, May 26, 2011

Rezeki oh Rezeki

Semua orang gembira bila dapat rezeki,,tak kiralah samada bergolek atau pun tergolek.
Bagi semua orang kat ofis aku semua dah bergembira bila dapat bonus, tak kiralah banyak mana kan. Semuanya Allah yang menentukan tapi atas usaha kita juga. Kalau tak usaha boleh dapat ke???? Boleh juga kalau tak tergamak nak makan duit haram...hehe

Biasanya orang kalau dapat rezeki banyak sikit, kita digalakkan bersedekah. Sampai juga seru pada aku, adalah juga sedekah kat orang miskin. Sikit je tapi yang banyak kena sedekah ni bila kereta dah mula meragam. Bermula dengan rosak aor cond compressor masa kursus kat KL. Berpeluh menunggu kat bengkel, dahlah musim panas. duit kat poket pun panas nak keluar agaknya.

Sedekah ke2, hari kedua nak pergi audit. dahlah jalan 'jam' disebabkan ada kemalangan. Kereta meragam lagi, high temperature lak dalam ;jam'. Dalam berpusing pusing mencari jalan mudah untuk pergi auidt, ternampak lak temperature naik. Sudahnya, tersadai kat petrol kiosk, minta member datang amik geng nak gi audit. Kena lagi sedekah terpaksa...dah bukan rezeki sendiri agaknya.

Sedekah ke3, pagi nak pergi kerja , kereta tak nak start, bateri kong pulak. Sudahnya menapak gi kerja, nasib baik dekat rumah ngan ofis tapi berpeluh juga. Bila orang tanya, exercise sambil gelak aku jawab padahal dalam hati dah bengang.

Sedekah ke4, macam biasa balik kerja terus gi dapur masak, Lepas masak baru mandi dan solat. Sementara tunggu nak solat Isyak, tiba tiba adik aku menjerit 'Abang nak kipas". Kenapa pulak. Dengan rilek, abang aku jawab kipas dah rosak. Aduiiii duit lagi. Rabak duit bonus aku.


Perasaan: Tidak semua duit yang kita dapat adalah untuk rezeki,kekadang ada rezeki orang lain dalam duit yang kita dapat. renung renungkan...

Friday, May 20, 2011

Stop! Don’t click! How to identify phishing scams

Maaflah ye, hari ni nak berkongsi ilmu tapi speaking london (copy paste je, tak larat nak translatekan). Bagus buat ingatan kita semua agar jangan mudah percaya dan tertipu. Info ni diambil dari website www.hp.com

You’ve just received an email from the bank, telling you that there was an error in your favour in your last bank statement, and that you should “click here” to claim what’s owing to you.

Fantastic news! Isn’t it?

No: you’re about to become a victim of a type of cybercrime called “phishing”.

Baiting the hook
First given the name in 1996, “phishing” describes a scam which is designed to trick you into giving away your online passwords. The hook is often an e-mail from an apparently trustworthy source, with a link to a website that looks exactly like one you are familiar with. There you’ll be asked to provide details which would enable scammers to obtain money, take out credit card loans in your name or commit other crimes. And as soon as you’ve clicked on the link or opened the attachment, you’ve exposed yourself to computer viruses that can detect your keystrokes when you log on to your accounts.

Phishers are always coming up with new ways to target people or organisations; with smartphones and the use of social media on the rise, opportunities are ever greater for these attacks. “Vishers” (voice phishing) try to obtain information by phone; “smishers” send text messages (SMS); and spear phishers target corporate employees. All of them want to take your money; all are committing criminal acts.

Typical scams

An email comes from your bank, claiming to have found an error in your favour. “Click here to claim your money!”
Someone from the bank phones because a large amount has been deducted from your account. “Before we can check it, I need a few details from you.”
Your friend, or a work colleague, tells you in an e-mail that they’ve discovered a brilliant scheme to get rich. “Click on the attachment!”
A message comes from a famous online auction website, asking you to confirm account details. “Click here.”

These are all typical scams; people become victims every day.

Play safeSo remember these three rules:

1. Check the URL.
If an email comes from your bank, look carefully at the URL.

First comes http:// or https://

Next comes the host name, for example xxbank.com

But check it carefully! Scammers often include your bank’s name in front of their own website name. For example, if your bank’s address is xxbank.com, a scammer called badbank.com might use xxbank.badbank.com, or even xxbank.com.badbank.com. They own the website “badbank.com”, so they can put whatever they want in front of it.

Something else to watch out for: sometimes, scammers insert hyperlinks to their own websites, hidden behind innocent-looking text. For example, the hyperlinked text says: http://www.xxbank.com, but the actual hyperlink is to http://www.badbank.com Again, the only sensible thing to do is NOT TO CLICK. Banks and other financial institutions do not send e-mails about important issues.

2. Don’t trust strange emails or phone calls.
Remember that banks, credit card issuers and similar institutions would never e-mail or phone customers with important information; they would send a letter. So no matter how pleasant or convincing the “bank employee” on the phone is, end the conversation quickly without giving any information. If you aren’t sure whether an e-mail or phone call is genuine, phone your bank yourself or write them a letter.

3. Use up-to-date software.
The best thing you can do: install the latest software to protect your computer from malware (malicious software).

Is it too late?

If you have already revealed bank account or credit card information, report your suspicions immediately to the bank or credit card issuer, and then preferably cancel your account and open a new one. Whether or not you are liable to pay what is owed on your account depends on how quickly the theft is reported and also on the laws in the country you live in.

If someone else is using your online auction website account, contact the auction house, where there is a link for “hijacked accounts”. They will probably suspend your account while they investigate.

If you’ve downloaded a virus, install anti-virus and personal firewall software, update all virus definitions, run a full scan and confirm every connection your firewall allows. Change all your passwords and check all your online accounts, especially bank accounts, auction website accounts, email, online trading accounts and anything else for which you have an online password.

Once you’ve got your anti-virus software and personal firewall installed, you should be safe – but it’s still wise to remember what they told you when you were a child: “Don’t talk to strangers.” At least, don’t tell them your passwords.

Thursday, May 19, 2011

Selamat Hari Guru

Sambutan Hari Guru telah pun diraikan seluruh negara pada 16 Mei yang lalu dengan berita baik dari PM. Apalagi kalau bukan dengan berita kenaikan gaji bagi para guru. Tapi berbaloi ke dengan kenaikan harga barang keperluan sekarang yang semua golongan turut merasai kesannya. Apapun biarlah semua orang memikirkannya bagi mengatasi masalah kewangan masing2. Bak kata Nabil.."Lu pikirlah sendiri"

Aku bukan sahaja mahu berterima kasih kepada semua guru guru yang pernah mengajar aku bermula dari sekolah tadika hinggalah ke U, tk lupa juga kepada Ustaz dan Ustaz yang mengajar aku semasa di sekolah Agama dahulu. Juga untuk semua orang yang tidak memegang jawatan 'GURU" tetapi telah mencurahkan ilmu kepada aku selama ini termasuklah biu bapa, rakan rakan, adik beradik, sedara mara dan yang lain lain.

Bagi aku guru bukan sahaja mengajar kita ilmu yang telah ditetapkan dalam sililbus tetapi juga mengajar kita erti kehidupan. Pengajaran yang takkan dapat aku lupakan adalah pengorbanan seorang guru kepada anak didiknya. ianya berlaku semasa aku di Tingkatan 3. Disebabkan kemiskinan keluarga, aku masih tidak dapat membayar yuran peperiksaan SRP walaupun pada masa itu hanya RM15. Guru tingkatan aku seorang India,
meminta aku memberitahu ibu bapa ku untuk membayar yuran tersebut. Seperti tiada apa masalah aku hanya memaklumkan kepada ibuku sahaja (sememangnya soal persekolahan semua ibu yang uruskan, AJK PIBG lagi). Ibu jawab ok dengan relax seolah olah tiada masalah. Esoknya ibu pergi kesekolah berjumpa guru Tingkatan aku. Entah apa yang dibincangkan pun aku tak tau. Guru Aku cuma bagi tau, ok yuran periksa awak dah dibayar, boleh amik periksa. Sehinngalah selepas aku tamat sekolah, barulah aku tahu rupanya, guru tingkatan aku yang tolong bayarkan dulu yuran peperiksaan tu. Betapa mulianyan hati dia dan sehingga kini aku masih mengingati jasa guruku dan akan menghormati dia walaupun dia telah pun bersara.

Oleh itu sempena hari guru tahun ini, aku ingin mengucapkan ribuan,,,jutaaan... bilion terima kasih kepada Mr Baskaran yang amat berjasa kepadaku sehingga aku berjaya hari ini.

Monday, May 16, 2011

Penawar Rindu Tinggal Kenangan

Petikan akhbar Utusan Malaysia 14 Mei 2011

Orkid Abdullah meninggal dunia

KUALA LUMPUR 13 Mei – Penyanyi popular era 1960-an, Datin Orkid Abdullah meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tengah hari ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pagi semalam.

Penyanyi berusia 64 tahun yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu berada dalam keadaan kritikal setelah tiga tahun menderita penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sebelum meninggal dunia.

Jenazah Orkid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat di sini selepas solat Asar.

Menurut anak ketiganya, Mohd. Noor Shafri, 35, ketika arwah menutup mata, keempat-empat anaknya berada di sisinya.

“Sejak dimasukkan ke hospital semalam, kami difahamkan ibu hanya mempunyai sekitar 20 peratus sahaja harapan untuk pulih. Doktor beritahu jika keadaannya masih sama, kami perlu bersedia dan ternyata Allah lebih menyayanginya,” jelas beliau ketika ditemui di pekarangan Masjid Al-Ansar, Taman Keramat di sini hari ini.

Tambahnya, ayahnya, Datuk Mokhtar Omar, 70, yang turut ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan sempat menziarah jenazah ibunya.

“Ayah sempat melihat wajah dan mencium dahi ibu buat kali terakhir. Ibu ada berpesan kepada kami agar menjaga ayah yang dimasukkan ke hospital sejak 4 Mei lalu,” katanya.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah rakan-rakan artis antaranya Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Yusni Hamid, Datin Umi Kalthum, Aspalela Abdullah, Nadiah Aqilah Bajuri dan Zalifah Ibrahim.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Fatimah Ahmad yang mewakili Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada bidang seni tanah air.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham. Selama ini beliau banyak memberi sumbangan kepada bidang seni dan saya berharap ahli keluarganya tabah,” katanya yang memberitahu kementerian turut memberi sumbangan RM5,000 kepada keluarga Allahyarham

Sementara itu, Aspalela berkata, Orkid yang dikenalinya adalah seorang yang jujur.

Perasaan: Kenangan semasa kecil, aku jatuh diparit depan rumah Arwah Orkid di kampung Melayu. Semuanya terjadi sebab mak singgah rumah arwah dalam perjalanan hendak beli kupang. Penawar rindu akan tetap jadi kenangan selagi parut dikening masih ada.

Sunday, March 13, 2011

Minggu yang mengharukan

Minggu lepasku rasakan minggu yang amat amat mengharukan aku. Semuanya bermula dengan mesej yanga ku terima pada awal pagi Selasa. Jasni parah, yang meninggal belum dikeluarkan belum dikeluarkan. Pantas tangan aku mendail nombor penghantar mesej sambil menyemak email senarai nama yang turut serta kursus tapi tak berjawab. Aku dail pula nombor kawanku yang lain, berjawab. Sape yang meninggal? Wahab dan Malik.
Mataku dah berair sambil aku mendail nombor telefon rumah mak kat kampung. Mendengar suara kakak, aku terus menjerit menceritakan kemalangan. Melalak sakan aku, apa taknya mereka semua kawan kawan ku dan dulunya rakan kerja setempat dengan ku.

Bila pegawai atasanku masuk, aku menjerit lagi mengkhabarkan berita tersebut. Dalam kesibukan aku memberitahu rakan rakan yang lain, pegawai atasanku telah meminta rakan sekerja ku berkumpul untuk mengadakan bacaan yasin dan tahlil bagi mereka yang terlibat dengan kemalangan jam 10 pagi.

Setelah selesai majlis tersebut, kami dimaklumkan Jasni akan dibawa ke hospital HSA. Aku cuba telefon nombor telefon bimbit Jasni sebab tak tahu nombor telefon isteri dan anak2nya. Alhamadulillah anaknya jawab dan beritahu emaknya yang mengiringi dalam ambulan. Dalam pada tu, rakan rakan yang lain sibuk meminta aku pindahkan Jasni kehospital pakar. Pening sekejap dibuatnya. Macam mana nak buat tapi rakan aku yang lain cuba telefon pihak yang lain untuk mencari prosidur yang sepatutnya.

Jam dah pukul 1 lebih, aku cuba telefon isteri Jas, alhamdulillah berjawab dan tanyakan samaada dia dah sampai belum. Dah katanya tapi takda wakil jabatan yang tunggu dihospital, tolonglah datang. Selepas solat aku dan pegawai atasanku pergi ke hospital. Dalam perjalanan keHSA, aku terima panggilan mengatakan Jas pun dah meninggal. Melalak lagi aku sambil bawa kereta. Pegawai atasan ku dah panik. Saya tak percaya , katanya. Kami teruskan juga perjalanan ke HSA. Oleh kerana sukar untuk mendapat tempat letak kereta, aku turunkan dulu pegawai atasan ku dikawasan kecemasan dimana Jasni ditempatkan. Setelah parking kereta ,aku yang dalam keadaan tertanya tanya melangkah kearah isteri Jas dieunit kecemasan, betul ke berita tadi sambil mengerling kearah pegawai ataasanku. Dia mengangguk. Eh betul ke berita tadi. Air mata dah melimpah lagi sambil aku memeluk isteri Jas. Kita doakan dia ye..kata isteri Jas.

Dengan lemah aku melangkah kearah pegawai atasanku. Jas ok, tengah scan.katanya. Alhamdulillah, Jas selamat rupanya. Kami berada di HSA sehingga pukul 5.45 petang menguruskan pemindahan ke hospital KPJ dan setelah selesai urusan barulah kami balik dengan perasaan sedar 'betapa lapar dan letihnya kami bertiga' Rasanya yang 3 orang lagi pun begitu juga. Tapi aku juga terkilan kerana tidak dapat menziarahi jenazah 2 rakanku buat kali terakhir. Doaku , semoga mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Seminggu yang lepas pun boleh dikatakan setiap hari aku kehospital melawat Jas dan menadah telinga mendengar pertanyaan dia tentang 2 rakan yang meinggal. Cuma pada hari Jumaat saja dia baru diberitahu tentang keadaan sebenar 2 orang rakan kami itu.

Sunday, February 27, 2011

Si Penglipur Lara Part 2

Hari ni si Penglipur Lara masih belum balik walaupun dah hampir petang. Mentang mentanglah dah sihat, tak ingat rumah agaknya. Si Penglipur Lara dah sihat setelah hampir dua minggu adikku menjadi misi tak bergaji menyuapkan ubat ubat.

Bermula dengan diberi panadol, esoknya diberi panadol dan air badak campur susu setelah aku katakan Si Penglipur Lara ni panas dalam agaknya. Tengok mata dia pun berair air. Hingus usah cakaplah, dah siap keluar belon lagi. Begitu setia adikku mengesat hingus dia, sampaikan Si Penglipur Lara fobia bila tengok dia pegang tisu. agaknya sakit hidung dia ditenyeh dengan tisu masa nak kesatkan hingus. Alangkan kalau kita pun selsema, rasanya macam melelas hidung asyik dikesatkan dengan tisu. Itu kita buat sendiri tau juga tahap mana sakit kalau kesat, inikan orang lain yang tukang kesat, mana rasa sakit tak.


Akhirnya, masa majlis bertandang adik sepupuku, barulah dapat ubat ubat selsema dan vitamin untuk SiPenglipur Lara yang di import khas dari kampung.


Nah ini setnya, siap dengan syringe skali untuk memudahkan misi tak bergaji. Setelah hampir dua minggu, barulah Si Penglipur Lara sihat. Tapi memang dia menghargai orang yang berbuat baik kepada dia sebab walaupun adikku masih jauh dijalanan tapi dia didalam ruamh dah tegak telinga sambil melihat pintu menunggu adikku masuk. Kalau dulu, suamiku balik, dari jauh dah berlari lari bila nampak atau dengar enjin kereta suamiku. Sekarang dah buat tak kisah. Dah sombong kata suamiku. dia dah dapat kakak baru dia lupa pada orang lain.

Binatang pun tau menghargai orang yang buat baik inikan manusia...tetapi manusia mudah lupa..

Sunday, February 20, 2011

SiPenglipur Lara Part 1

Sesekali melihat si penglipur lara sakit ni memang kesian. Mula mula tak percaya juga dia sakit. Mulanya Sabtu lepas, adik ku kata, kita rasa si Itam tak sihat lah. Kenapa pulak, soalku. Adik dah rasa hidung dia kering ke. Kalau kucing demam selalunya hidung dia kering. Owwh gitu ke? Tak kita dengar suara dia lain, kata adikku. sampai gitu sekali punya peka dia dengan suara si penglipur lara.

Hari tu, si Penglipur lara tak balik. Kemana agaknya. Tiba tiba petang Ahad, dia muncul. Bersin bersin. Adik aku dah gelak sakan bila dia bersin depan anak sedara ku. Kemudian bertambah2 kuat dia ketawa melihat Si Penglipur lara bersin tak henti henti pastu terbaring melepet. Mesti letih. Kalau kita pun kena selsema tahap ini rasanya dah lepak ini kan dia yang tak tau nak kesat hidung sendiri. Adik aku kesatkan hingus dia. Hembus2 katanyan. Reti ke si Penglipur lara ni.

aku telepon kakak kat kampnug tanya nak bagi ubat apa kalau dia demam. Bagi panadol sket katanya. Kat sini banyak lebih ubat ngan vitamin anak anak kat kampung masa kena dulu. Aku cakap kat adik. Dia pun pecahkan sket panadol. 4 kali suap dua kali je yang masuk mulut. Minum air ni, pahit tu, katanya pada si Penglipur lara. Pastu Si Penglipur lara tidur atss katil adikku. Betul menghadap kipas. Panas sangat agaknya. Akhirnya kedua duanya tertidur. Pukul 3 pagi baru adik ku sedar bila si Penglipur lara mengiau nak keluar. Itupun abangku yang bukakan pintu pagar depan

Darah Manis

Selalunya orang kalau baru bertunang, kita kata tengah darah manis. Macam macam pantang larang orang tua tua.



Sebenarnya orang yang berdarah manis adalah orang orang seperti ni.
.






Jadi kena pilihlah yang mana kita nak jadi.....darah manis bahagia tekak dan fizikal atau darah manis yang bahagia tekak tapi menderita fizikal

Jagalah pemakanan anda, kurangkan penggunaan gula.. Macam kempen kesihatan lak

Tuesday, February 15, 2011

Makan oh makan

Semua makhluk yang Allah ciptakan dibumi ini semuanya perlu makan. cuma berbeza jenis makanan dan menu saja. Hari ni pergi shopping barang barang dapur memandangkan mak dah telepon makanan anank anak kat kampung dah tinggal sket dan beras kat rumah pun tinggal sekali masak aje lagi. Ni sebahagian dari makanan yang aku beli.



Makanan kami sekeluarga Beras 5 kilo



!


!


!


!



!



!





Makanan anak anak kesayangan 8 kilo

Saturday, January 15, 2011

Lucu ke Lucah????

Hari ni mula kursus lagi.. macam biasa pakai driver handalan.. sbb sendiri tak tau jalan nak gi ketempat kursus (sebenarnya macam dah hafal jalan tu tapi tak confident ngan tak nak bayar parking...jimat kos daa)

Hala pergi jalan ok walaupun jammed. Hala balik jalan pun ok tapi ternampak pulak adegan yang sensor sket. Aku teguh mempertahankan mata aku masih ok untuk menguatkan apa yang aku nampak..hehe

adegan sebenar...

aku : eh eh orang tu tak pakai baju. nampak tet dia.

akak : kan lelaki tu

aku : pompuan,,tet dia mengkal weh & rambut dia panjang (siap tocang lagi)

akak : kau ni orang tu hitam pun kau boleh perasan. tambah2 dalam gelap sebab nak hujan.

aku: mata masih terang lagi aaah ..(dengan perasaan bangga)



part yg lucah tu semanya nampak jelas..sepatah kata hana ada syaitannn..nauzubillah

Thursday, January 6, 2011

Selsema oh Selsema

Selsema...hui rimasnya.. Meleleh. Bengang kepala@ pening dibuatnya. Nak buat kerja pun susah.. tak boleh khusyuk. Maka pun tak sedap, tak selera. Mana tak asyik nak kena mengelap je.. rasa macam nak sumbat tisu banyak banyak kat hidung. (Gantung tisu gulung kat hidung, leh tak) Senang sikit nak buat kerja. Dengan cuaca tak menentu ni ramai yang kena selsema termasuklah kucing kucing kesayangan kat kampung tapi mak dah bawa pergi klinik , amik injection biar cepat baik. Kalau pil alamat diluih balik dek dia orang ni. orang ke...bukan lah kucing2 ni.

Rasanya macam menyusahkan je kalau selsema kan...tapi setiap yang Tuhan beri mesti ada kebaikannya. contohnya..taklah menghidu bau busuk@hangit badan orang, bau sampah atau bau ni...tuuuuuut..


dialog kejadian sebenar...
Mak: Budak bertuah, kentut kat muka aku

anak: sengih...

Mak: Nasib baik aku selsema...hehehe

Inilah antara kebaikan selsema. Jadi kita kena redha setiap yang Tuhan berikan kepada kita hambanya.tapi adatlah orang kita, walau dah sakit atau dapat bala, tagline, NASIB BAIK takkan tinggal

Tuesday, January 4, 2011

Bacalah Bacalah.....

Hari pertama kerja tahun 2011 dah kena kursus. Konon tidur awal sebab nak bangun awal tapi kul 4 handset dah bunyi. Adoi...ada alarm pulak..Sudahnya tak leh tidur sampai suboh. Terus bangun . Sampai tempat kursus kul 8.00 pagi walhal kelas mula 9.00 pagi. Semangat berkobar kobar. (sebenarnya akak yang hantar sebab tak tahu jalan. Adatlah menumpang)

Itu hala pergi. Hala balik. Hujan turun lebat. Kalau kat JB semua bawa kereta perlahan2 tapi ni kat KL takkan sama kot. Jeng jeng.... rupanya lori depan tu lambat sebab pemandu kereta depan baca buku sambil bawa kereta. Tahulah menyahut seruan kerajaan. marilah membaca. Bacalah Bacalah. ..tapi takkan sambil bawa kereta. Wa taulah lu rajin...wa pun rajin tapi baca novel lah....

Nuffnang