mangga

Thursday, May 26, 2011

Rezeki oh Rezeki

Semua orang gembira bila dapat rezeki,,tak kiralah samada bergolek atau pun tergolek.
Bagi semua orang kat ofis aku semua dah bergembira bila dapat bonus, tak kiralah banyak mana kan. Semuanya Allah yang menentukan tapi atas usaha kita juga. Kalau tak usaha boleh dapat ke???? Boleh juga kalau tak tergamak nak makan duit haram...hehe

Biasanya orang kalau dapat rezeki banyak sikit, kita digalakkan bersedekah. Sampai juga seru pada aku, adalah juga sedekah kat orang miskin. Sikit je tapi yang banyak kena sedekah ni bila kereta dah mula meragam. Bermula dengan rosak aor cond compressor masa kursus kat KL. Berpeluh menunggu kat bengkel, dahlah musim panas. duit kat poket pun panas nak keluar agaknya.

Sedekah ke2, hari kedua nak pergi audit. dahlah jalan 'jam' disebabkan ada kemalangan. Kereta meragam lagi, high temperature lak dalam ;jam'. Dalam berpusing pusing mencari jalan mudah untuk pergi auidt, ternampak lak temperature naik. Sudahnya, tersadai kat petrol kiosk, minta member datang amik geng nak gi audit. Kena lagi sedekah terpaksa...dah bukan rezeki sendiri agaknya.

Sedekah ke3, pagi nak pergi kerja , kereta tak nak start, bateri kong pulak. Sudahnya menapak gi kerja, nasib baik dekat rumah ngan ofis tapi berpeluh juga. Bila orang tanya, exercise sambil gelak aku jawab padahal dalam hati dah bengang.

Sedekah ke4, macam biasa balik kerja terus gi dapur masak, Lepas masak baru mandi dan solat. Sementara tunggu nak solat Isyak, tiba tiba adik aku menjerit 'Abang nak kipas". Kenapa pulak. Dengan rilek, abang aku jawab kipas dah rosak. Aduiiii duit lagi. Rabak duit bonus aku.


Perasaan: Tidak semua duit yang kita dapat adalah untuk rezeki,kekadang ada rezeki orang lain dalam duit yang kita dapat. renung renungkan...

Friday, May 20, 2011

Stop! Don’t click! How to identify phishing scams

Maaflah ye, hari ni nak berkongsi ilmu tapi speaking london (copy paste je, tak larat nak translatekan). Bagus buat ingatan kita semua agar jangan mudah percaya dan tertipu. Info ni diambil dari website www.hp.com

You’ve just received an email from the bank, telling you that there was an error in your favour in your last bank statement, and that you should “click here” to claim what’s owing to you.

Fantastic news! Isn’t it?

No: you’re about to become a victim of a type of cybercrime called “phishing”.

Baiting the hook
First given the name in 1996, “phishing” describes a scam which is designed to trick you into giving away your online passwords. The hook is often an e-mail from an apparently trustworthy source, with a link to a website that looks exactly like one you are familiar with. There you’ll be asked to provide details which would enable scammers to obtain money, take out credit card loans in your name or commit other crimes. And as soon as you’ve clicked on the link or opened the attachment, you’ve exposed yourself to computer viruses that can detect your keystrokes when you log on to your accounts.

Phishers are always coming up with new ways to target people or organisations; with smartphones and the use of social media on the rise, opportunities are ever greater for these attacks. “Vishers” (voice phishing) try to obtain information by phone; “smishers” send text messages (SMS); and spear phishers target corporate employees. All of them want to take your money; all are committing criminal acts.

Typical scams

An email comes from your bank, claiming to have found an error in your favour. “Click here to claim your money!”
Someone from the bank phones because a large amount has been deducted from your account. “Before we can check it, I need a few details from you.”
Your friend, or a work colleague, tells you in an e-mail that they’ve discovered a brilliant scheme to get rich. “Click on the attachment!”
A message comes from a famous online auction website, asking you to confirm account details. “Click here.”

These are all typical scams; people become victims every day.

Play safeSo remember these three rules:

1. Check the URL.
If an email comes from your bank, look carefully at the URL.

First comes http:// or https://

Next comes the host name, for example xxbank.com

But check it carefully! Scammers often include your bank’s name in front of their own website name. For example, if your bank’s address is xxbank.com, a scammer called badbank.com might use xxbank.badbank.com, or even xxbank.com.badbank.com. They own the website “badbank.com”, so they can put whatever they want in front of it.

Something else to watch out for: sometimes, scammers insert hyperlinks to their own websites, hidden behind innocent-looking text. For example, the hyperlinked text says: http://www.xxbank.com, but the actual hyperlink is to http://www.badbank.com Again, the only sensible thing to do is NOT TO CLICK. Banks and other financial institutions do not send e-mails about important issues.

2. Don’t trust strange emails or phone calls.
Remember that banks, credit card issuers and similar institutions would never e-mail or phone customers with important information; they would send a letter. So no matter how pleasant or convincing the “bank employee” on the phone is, end the conversation quickly without giving any information. If you aren’t sure whether an e-mail or phone call is genuine, phone your bank yourself or write them a letter.

3. Use up-to-date software.
The best thing you can do: install the latest software to protect your computer from malware (malicious software).

Is it too late?

If you have already revealed bank account or credit card information, report your suspicions immediately to the bank or credit card issuer, and then preferably cancel your account and open a new one. Whether or not you are liable to pay what is owed on your account depends on how quickly the theft is reported and also on the laws in the country you live in.

If someone else is using your online auction website account, contact the auction house, where there is a link for “hijacked accounts”. They will probably suspend your account while they investigate.

If you’ve downloaded a virus, install anti-virus and personal firewall software, update all virus definitions, run a full scan and confirm every connection your firewall allows. Change all your passwords and check all your online accounts, especially bank accounts, auction website accounts, email, online trading accounts and anything else for which you have an online password.

Once you’ve got your anti-virus software and personal firewall installed, you should be safe – but it’s still wise to remember what they told you when you were a child: “Don’t talk to strangers.” At least, don’t tell them your passwords.

Thursday, May 19, 2011

Selamat Hari Guru

Sambutan Hari Guru telah pun diraikan seluruh negara pada 16 Mei yang lalu dengan berita baik dari PM. Apalagi kalau bukan dengan berita kenaikan gaji bagi para guru. Tapi berbaloi ke dengan kenaikan harga barang keperluan sekarang yang semua golongan turut merasai kesannya. Apapun biarlah semua orang memikirkannya bagi mengatasi masalah kewangan masing2. Bak kata Nabil.."Lu pikirlah sendiri"

Aku bukan sahaja mahu berterima kasih kepada semua guru guru yang pernah mengajar aku bermula dari sekolah tadika hinggalah ke U, tk lupa juga kepada Ustaz dan Ustaz yang mengajar aku semasa di sekolah Agama dahulu. Juga untuk semua orang yang tidak memegang jawatan 'GURU" tetapi telah mencurahkan ilmu kepada aku selama ini termasuklah biu bapa, rakan rakan, adik beradik, sedara mara dan yang lain lain.

Bagi aku guru bukan sahaja mengajar kita ilmu yang telah ditetapkan dalam sililbus tetapi juga mengajar kita erti kehidupan. Pengajaran yang takkan dapat aku lupakan adalah pengorbanan seorang guru kepada anak didiknya. ianya berlaku semasa aku di Tingkatan 3. Disebabkan kemiskinan keluarga, aku masih tidak dapat membayar yuran peperiksaan SRP walaupun pada masa itu hanya RM15. Guru tingkatan aku seorang India,
meminta aku memberitahu ibu bapa ku untuk membayar yuran tersebut. Seperti tiada apa masalah aku hanya memaklumkan kepada ibuku sahaja (sememangnya soal persekolahan semua ibu yang uruskan, AJK PIBG lagi). Ibu jawab ok dengan relax seolah olah tiada masalah. Esoknya ibu pergi kesekolah berjumpa guru Tingkatan aku. Entah apa yang dibincangkan pun aku tak tau. Guru Aku cuma bagi tau, ok yuran periksa awak dah dibayar, boleh amik periksa. Sehinngalah selepas aku tamat sekolah, barulah aku tahu rupanya, guru tingkatan aku yang tolong bayarkan dulu yuran peperiksaan tu. Betapa mulianyan hati dia dan sehingga kini aku masih mengingati jasa guruku dan akan menghormati dia walaupun dia telah pun bersara.

Oleh itu sempena hari guru tahun ini, aku ingin mengucapkan ribuan,,,jutaaan... bilion terima kasih kepada Mr Baskaran yang amat berjasa kepadaku sehingga aku berjaya hari ini.

Monday, May 16, 2011

Penawar Rindu Tinggal Kenangan

Petikan akhbar Utusan Malaysia 14 Mei 2011

Orkid Abdullah meninggal dunia

KUALA LUMPUR 13 Mei – Penyanyi popular era 1960-an, Datin Orkid Abdullah meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tengah hari ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pagi semalam.

Penyanyi berusia 64 tahun yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu berada dalam keadaan kritikal setelah tiga tahun menderita penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sebelum meninggal dunia.

Jenazah Orkid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat di sini selepas solat Asar.

Menurut anak ketiganya, Mohd. Noor Shafri, 35, ketika arwah menutup mata, keempat-empat anaknya berada di sisinya.

“Sejak dimasukkan ke hospital semalam, kami difahamkan ibu hanya mempunyai sekitar 20 peratus sahaja harapan untuk pulih. Doktor beritahu jika keadaannya masih sama, kami perlu bersedia dan ternyata Allah lebih menyayanginya,” jelas beliau ketika ditemui di pekarangan Masjid Al-Ansar, Taman Keramat di sini hari ini.

Tambahnya, ayahnya, Datuk Mokhtar Omar, 70, yang turut ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan sempat menziarah jenazah ibunya.

“Ayah sempat melihat wajah dan mencium dahi ibu buat kali terakhir. Ibu ada berpesan kepada kami agar menjaga ayah yang dimasukkan ke hospital sejak 4 Mei lalu,” katanya.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah rakan-rakan artis antaranya Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Yusni Hamid, Datin Umi Kalthum, Aspalela Abdullah, Nadiah Aqilah Bajuri dan Zalifah Ibrahim.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Fatimah Ahmad yang mewakili Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada bidang seni tanah air.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham. Selama ini beliau banyak memberi sumbangan kepada bidang seni dan saya berharap ahli keluarganya tabah,” katanya yang memberitahu kementerian turut memberi sumbangan RM5,000 kepada keluarga Allahyarham

Sementara itu, Aspalela berkata, Orkid yang dikenalinya adalah seorang yang jujur.

Perasaan: Kenangan semasa kecil, aku jatuh diparit depan rumah Arwah Orkid di kampung Melayu. Semuanya terjadi sebab mak singgah rumah arwah dalam perjalanan hendak beli kupang. Penawar rindu akan tetap jadi kenangan selagi parut dikening masih ada.

Nuffnang