mangga

Saturday, September 10, 2011

Malaysia, Tanah tumpah darahku

Nama aku Blacky. Tuan aku berbangsa Cina dan kami tinggal dikawasan perumahan yang diduduki oleh berbagai bagai kaum.


Berhampiran rumah aku terdapat rumah keluarga Melayu yang mempunyai seekor kucing hitam seperti aku. Bukan kucing peliharaan tetap rumah tu tapi Si Hitam ( ni nama panggilan dia) ni memang kucing gelandangan yang amat disayang oleh seisi keluarga rumah tersebut. Mungkin sebab Si Hitam pandai mengambil hati mereka. Mewah betul makanan Si Hitam. Manja tak boleh nak kata, tidur sampai kat atas katil lagi. Kalaulah aku dapat, mesti best kan. Lebih lebih lagi masa Si Hitam demam selsema, aku tengok macam macam ubat diberikan. Jealous aku tengok. Tapi kini dah beberapa bulan Si Hitam tak kelihatan, agaknya dah mati.

Dalam diam diam aku dan kawan kawan gelandangan yang lain mencuba nasib menumpang makan dirumah tersebut. Botol makanan kucing sentiasa tersedia kat depan rumah ni. Kalau kami semua ada, tuan rumah tersebut akan menuangkan makanan untuk kami semua. Jadi aku mengambil kesempatan untuk memenangi hati semua ahli keluarga dirumah ini dan menghalang kucing kucing gelandangan yang lain untuk cuba menumpang makan. Malang nasib aku, percubaan pertama untuk masuk rumah, aku dimarah gara gara kencing dilangsir pintu depan rumah. Hei, anak aku tak pernah pun kencing dalam rumah tau!!! Jerit tuan rumah tersebut. Aku terus lari. Tapi itu semua dahberlalu, walaupun aku tak dapat masuk rumah tapi aku masih boleh berbaring tidur di porch atau diatas kereta. Semua ahli keluarga dirumah ini memanggil aku "ARANG" mungkin sebab aku warna hitam juga macam Si Hitam dulu. Pening juga kepala aku, dah ada 2 nama. Pastu 2 bahasa pulak tu aku kena faham. Bahasa Cina dan Melayu.

Semalam seperti biasa, waktu petang semasa tuan rumah balik kerja, dia tanya kenapa aku duduk depan pagar tak masuk porch. Aku diam aje sambil tunggu dia buka pagar. Bila masuk pagar, aku lihat anak jiran tuan baru ni (Orang India) tengah main pistol air. Ah, ni tak boleh dekat dekat, kang basah pulak. Terdengar tuan rumah aku menuangkan makanan. Tiba tiba anak jiran tu cakap 'Go eat, go eat". Sudah berapa bahasa aku kena belajar ni. Kena belajar bahasa Inggeris pulak ke? Jangan lepas ni dia cakap Tamil dengan aku sudah. Susahnya jadi kucing di sini yang mengamalkan 1Malaysia..

Nuffnang