mangga

Sunday, August 14, 2011

Hari Kidal Sedunia

Baru tahu ada sambutan Hari Kidal Sedunia pada 13hb Ogos, itupun orang duk wish kat FB dan adik aku sibuk lepas tengok Buletin TV3 semalam. Bangga juga jadi orang kidal eh, siap ada hari sambutan sedunia pulak, tapi dalam keluarga aku boleh dikatakan semua ada wakil anak yang kidal, bermula dari arwah Atuk yang kidal, kemudian mak ucu, keluarga aku, akulah wakilnya. Keluarga mak ngah pun ada , Keluarga arwah mak jarah ada gak, Si Yazid yang sebaya ngan aku. boleh kata semuanya kelurga ada wakillah sampai kecucu cicit. Anak abang aku pun ada yang kidal. Agaknya kalau kumpulkan waris keturunan AWJ ada berapa orang yang kidal ek? Nak kena post wall group AWJ nampaknya.

Berbagai cerita juga aku baca dari blog blog dia, best juga semuanya menunjukkan keunikan masing2 walaupun ianya tak sama antara sama lain. Antara blog blog (pada tuan blog aku mohon share citer kau orang eh)

Blog 1: http://intizhar-kalamhati.blogspot.com/2011/08/13-ogos-hari-kidal-sedunia.html
Math aku ok je sebab memang favourite subjek..

Blog 2: http://penaberkala.blogspot.com/2011/08/13-ogos-hari-kidal-sedunia.html
Aku pegang mouse tangan kanan, jd sambil wat kerja, tangan kiri boleh tulis apa2 yg patut.

blog 3 :http://oneiezz.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-kidal-sedunia.html
Best juga jadi macam kamu,penat tangan kanan, tangan kiri boleh take over...hehe

blog 4; http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-kidal-sedunia-13-ogos.html
Part yang payah nak aku ubah, makan dengan tangan terutama bila makan yg ringan ringan macam kuih2, ketam ke, kalau nasi memanglah pakai tangan kanan. Kalau pakai sudu pun aku still kidal...puihhh payahnya nk ubah rasanya macam lambat dan tak puas lak makan dibuatnya.

Nuffnang