mangga

Saturday, November 8, 2008

Ihsan

Ihsan 1-
Baru pukul 4 ptg,dah sesak jalan.Detik hatiku. Selalunya jalan ni tak sesak pun.
Oh mungkin ada kereta rosak atau kereta parking sebelah kiri jalan ni agaknya, melihatkan semua kereta mengubah ke laluan kanan. Semasa mengubah kereta kelaluan kanan ,sempat juga aku menjeling ke laluan ke kiri untuk mengetahui punca kesesakan jalan ni. Aduh, lawaknya.. hatiku berkata bila terpandang pekerja majlis bandaraya yang sedang tekun menyapu jalan tanpa mengangkat muka pun melihat kereta kereta yang berderetan. Rupanya kesesakan ini cuma disebabkan pak cik tu tengah menyapu jalan di laluan kiri. Adakah ia mesti disalahkan? atas dasar peri kemanusiaan, semua pemandu terpaksa mengalami kesesakan semata mata kerana memberi peluang kepada pak cik ni menjalankan tugas walau pun masing masing semuanya nak balik cepat. Tapi pak cik ni perlu juga habiskan tugas dia untuk balik cepat kan... Hilang rasa nak marah , tergelak pulak dibuatnya..

Ihsan 2:
Kenapa pulak kereta depan ni tak jalan, kan dah hijau traffic light tu? tiba tiba aku terpandangkan seorang tua melintas jalan dihadapan lori di depanku. Oh mungkin beri laluan untuk pak cik nak lintas kot. Ku perhatikan pak cik sehingga di tepi jalan , tiba ku lihat pak cik tu meletakkan seekor anak kucing. Oh rupanya pak cik pemandu lori tu mengalihkan anak kucing dari tengah jalan ke tepi jalan, kira kiranya menyelamatkan anak kucing tu dari dilanggar kenderaan yang lalu. Terusik perasaan ku dikala itu, terima kasih pak cik atas ihsan ni, teringat pada kucing kesayangan ku dikampung. Sememangnya aku menyayangi kucing kucing tak kira dimana aku jumpa pun. Kadang kadang tu terbawa bawa pulak habit kat rumah, spontan aku akan bercakap dengan kucing kucing ini.. Macam lah semua kuccing tu faham apa yang aku cakap.. haha


Ihsan 3:
Anak balik, dah sampai Pagoh, mungkin kejap lagi sampai, kata suamiku. Habis Ayah nak orang singgah pejabat ke? Orang dalam perjalanan balik pejabat ni? Kita gi makan dulu nak tak? Oklah, ayah tunggu. Jomlah kita gi makan kat kedai kat bawah tu aje. Sambil makan, aku terpandang seekor anak kucing, mengiau ngiau meminta makanan dari pelanggan yg sedang makan. Tiba tiba datang seekor ibu kucing menghampiri anak kucing tu. Aku tertarik dengan sikap ibu kucing tersebut. Dari apa yang aku lihat ibu kucing memanglah seorang ibu yang penyayang dan perihatin. Ku lihat ia seolah olah meminta anak kucing itu mengikutnya. Ku llihat anak kucing tu mengikutnya kemudian sibuk melencong kearah meja pelanggan untuk meminta makanan. Bila di lihat anak kucing tiada dibelakangnya, ibu kucing tersebut berpatah balik lagi memanggil anak kucing tersebut. Kejadian ini berlaku berulang kali. Ahh betapa kasih nya ibu kucing ni. Begitu perihatin dan pandai menjaga anaknya. Kalaulah kita manusia dapat berbuat begini kepada anak anak kita, mungkin tiada yang hilang atau terbiar atau hilang kawalan.

Sunday, October 12, 2008

Resipi Biskut Raya



Cornflakes Meringues Hazel@myresipi.com


Bahan-bahan ( +/- 100biji )
220gm Cornflakes
125gm Choc Chips
150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
3 Biji Putih Telur
1-2 Sth Vanilla Esen
60gm Almond Sliced
Cara-cara Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
Masukkan gula sikit2 hingga habis
Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.
Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30minit. (Ataupun hingga kekuning2an)

Chocolate Treasure Cookies sunkist@myresipi.com
mama zieza's secret recipe :) taken from mamazieza's fotopages



Bahan-bahan ( 100 biji )
250 gram mentega
25 gram susu tepung
65 gram gula kastor
250 gram tepung gandum
65 gram tepung jagung
50 gram serbuk koko
BAHAN2 UNTUK TOPPING:
2 cawan cornflakes
500 gram coklat masakan putih
50 gram badam cincang (almond nibs)
50 gram golden raisins/blackcurrents (saya guna blackcurrents)
Cara-cara Ayak tepung gandum bersama tepung jagung, susu tepung, serbuk koko
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan bahan2 yg diayak tadi. Kacau doh hingga sebati
Bulatkan doh kecil2 dan letakkan di dalam cawan kertas.
Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
Apabila sudah masak, biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dihias.
CARA2 MEMBUAT TOPPING:
Cairkan coklat masakan putih menggunakan cara double boiler (sy masukkan sedikit lemak sayur).
Apabila sudah cair, masukkan cornflakes, almond nibs dan raisins/blackcurrents. Kacau sehingga sebati.
Sudukan sedikit campuran coklat masakan tadi ke atas biskut.


Frambozen Kenari
Online URL : http://www.resipi.net/cookbook//question.php?ID=257
________________________________________


Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
2 biji telur, diasingkan putih dan kuning telur (kuning telur masuk dalam adunan..putih telur, pukul untuk marringue)
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan majerin atau mentega, dilembutkan
1/2 cawan badam cincang
1/2 cawan jem raspberi ataupun strawberi(saya guna blackcurrent)

Topping(Meringue)
1/3 cawan gula halus
(2 butir putih telur dari bahan kat atas)
2 sudu teh tepung jagung

Hiasan
1/2 cawan hirisan badam

Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah C.
2. Campurkan tepung, kuning telur dan 1/2 cawan gula, garam, majerin/ mentega dan 1/2 cawan badam cincang.

Perhatian:
Doh akan keras sikit. Tekan doh pada loyang pembakar 9 x 9 x 2 inci dan bakar sehingga ia kekuningan selama 15 - 20 minit.
Biarkan base biskut sejuk sedikit dan kemudian sapukan jam.

Topping
1. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi dalam mangkuk steel yang bersih dari air dan minyak sehingga ia kental dan memekat.
2. Masukkan 1/3 cawan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan kilat.
3. Sapukan meringue (adunan putih telur) di atas jem dan taburkan dengan 1/2 cawan hirisan badam.
4. Bakar pada suhu sederhana (180 darjah) selama 8 - 10 minit atau lebih ( dekat 20 min) sehingga topping meringue menjadi kekuningan sedikit.
5. Biarkan sejuk sedikit barulah dipotong 1 1/2 inci segi empat.

Sunday, July 20, 2008

Sukarela atau paksarela

Dah petang ni, jomlah kita singgah solat di masjid tu. oklah. Baru saja aku nak memulakan solat, kedengaran bebelan seorang makcik.

Apa lah dia orang ni, lepas solat tak mau lipat dan susun telekong. Agaknya kat rumah dia orang macam ni, lepas solat perok perok je telekong. Tolong susun eh telekong tu. Kain nya dilipat, telekong nya digantung. Kan dah tulis tu. Bukan makcik yang tulis tu, imam yang tulis. Mak cik ni sukarela je.

Selepas solat, aku pun lipatlah kain solatsambil mengerling kearah notis yang ditampal didinding masjid. Baru aku nak letak kan ditempat gantung. Utk orang tua,kainnya diletakkan dibelakang. Yg depan utk budak budak. Sekali lagi makcik ni mengulang kata kata beliau, makcik ni sukarela je. Tadi imam telefon beritahu makcik, tempat ni dah beselerak dan minta makcik datang.Dalam hatiku, takda pun tulis suruh gantung telekong dan lipas kainnya, cuma tulis pastikan telekong disusun kemas selepas digunakan.

Semasa mengambil tudung yg aku sangkutkan pada salah satu kayu penghalang, makcik tu menegur, kotor letak tudung kat situ. Orang kat sini malas nak bersihkan kayu tu. Taklah kata ku. Kalau kat tempat yang lebar mungkin.

Sambil melangkah keluar aku memikirkan tingkah laku makcik tadi. IKHLAS ke dia menjalankan tugas tadi. Sukarela atau paksarela..(terpaksa) Dapat ke pahala dia menjalankan tugas tugas. Kata orang,kalau mengerjakan perkara yang baik tidak perlu kita canangkan pada orang lain, ditakuti jadi takbur atau riak. Biarlah ianya menjadi rahsia antara kita dan Allah serta semoga ianya diberkati Allah.
Mungkin imam atau AJK masjid tu perlu letakkan notis atau gambar cara susunan yang perlu dibuat oleh jemaah yang menggunakan telekong dimasjid tersebut bagi mengelakkan peristiwa ini berulang dan makcik tu kemungkinan hillang pahala atas kebajikan yang dibuat.

Lawak diJalanraya

Sam: Apasal jalan ni jammed sangat ni?
Ani : Biasalah tu. entah entah ada kemalangan tak kat depan.
Sam: Laa jammed kerana kereta depan ni bawa slow sangat. Patutlah kereta dia kemek kemek, mesti kena langgar sebab bawa slow sangat.
Ana: Ya kot.
Ani: Oh, yang bawa tu tua sket lah.
Ana : Apa pulak, tua banyak lah..
Sam : Betullah , dengan Ani dia tua sket,tapi dengan kau tua banyak, Kan ke umur kau tu separuh dari umur Ani...
Ani & Ana : ya tak ya ,betul juga

Saturday, April 12, 2008

Bak, Dalam Kenangan


30 Mac 2008
Dalam kepayahan aku yg masih sakit ketegangan urat kaki sebelah kanan, aku mengajak abangku Hisham balik kampung untuk menjenguk orang tuaku di kampung. Kebetulan baru dapat bonus, jadi aku berkira kira untuk membelikan TV baru untuk mereka kerana TV sediada dah rosak. Dalam sibuk aku memilih TV untuk dibeli kakak ku menelefon. 'Bak asyik tidur je, tak nak buka mata lagi' . Ya lah kata ku. Tidak juga ku beritahu dimana aku berada walau pun pada masa itu aku telah sampai kekampung.
Sampai dirumah, kami berdua menyapa Bak, alhamdulillah Bak buka mata dan duduk. Baru mandi kata emak. Abang hulur rokok, Bak hisap rokok, tapi macam biasa banyak buang kat angin je. 'Dah lama Bak tak minta rokok, kata kakak. Abang pasang TV baru.. 'Alah memang lah Bak tidur je, tak da apa yang boleh ditengok, TV pun rosak ya Bak, Kataku.. Bak selamba aje. Selepas mak suap bubur, Bak tidur semula. Aku dan abang ke rumah abang long aku utk hantarkan makanan kucing kesayangan ku dan solat . Tiba tiba telefon berdering, Bak jatuh kat bilik air, kata mak. Kami berdua terus kesana semula. Selepas abangku mengangkat Bak dari bilik air dan mandikan, Bak tidur semula. Ku lihat pandangan Bak macam kosong je. Pukul 6 ptg aku dan abang balik semula kerana anak anak saudara ku semuanya bekerja petang. Semenjak aku sakit, semua urusan mengambil mereka balik kerja semua abang ku yang buat.
1 April 2008
'Bak sakit kuat', kata kakak ku kepada abangku. Waktu pukul 6pagi, abang masuk bilik ku dan khabarkan pada ku. Kau telefon lah mak semula dan cakap kalau nak balik. Selepas solat ,aku telefon mak bertanyakan khabar Bak. Rupanya dari semalam Bak dah tak buka buka mata dan bangun. segera ku beritahu kepada suamiku dan mengajak dia balik sama. Kami balik bertiga. Sampai dikampung, rupanya dah ramai yang datang menziarahi Bak. Tapi terkilan juga, ada yang datang masih bercerita suka didepan Bak yang sakit. Melihatkan keadaan Bak, aku dapat rasakan masa Bak dah pendek. 'Ana, Bak sakit ,kataku kepada Ana,kakak ku di KL. Kau jangan main main, kata Ana. Tangisan nya sudah kedengaran dihujung talian telefon. Macam mana aku nak balik, kereta rosak. Aku balik dengan Afiq dulu naik bas petang ni. Kalau ada apa apa biar Along ambil Aliff, Kata Ana. Kau tak kesiankan Aliff ke?,kata ku.Tapi sempat ke? Jangan jadi macam dulu lagi.. Tangisan Ana makin meninggi.Aku akui Ana telah terlepas waktu Opah dan Mak Jarah meninggal tahun lepas, tak sempat nak tengok jenazah, Ana cuma sampai waktu Opah sedang dikebumikan.Tapi apa yang dapat ku buat, Opah meninggal tanpa sakit teruk cuma semput selepas minum petang aje. Aku balik tengahari ni dengan kereta aku, kereta pun rosak tak teruk sangat, kata Ana. Oklah tapi beritahu Mona dengan Along kalau dah nak balik, kataku. Aku beritahu anak anak saudara ku, Fifi dan Ecah suruh minta cuti esok. Berapa hari, tanya Fifi. Tak ku jawap pertanyaan nya.
Bila semua dah balik, aku dan suami bacakan Yasin utk Bak. 'Kesian Bak. dia tengah dalam kepayahan Yang, baik kita solat sunat agar dimudahkan pemergian dia kalau sudah sampai masanya, kata ku pada suami. Saudara mara dan jiran jiran semakin ramai yang datang.Selepas solat maghrib, aku dan suami bisikkan kalimah syahadah dan minta ampun dari Bak ditelinga Bak. dapat ku lihat, Bak mengikut membaca kalimah syahadah walaupun tiada suara yang kedengaran.
Aku dan suami balik dalam pukul 8malam. Ana dan Along sudah sampai Kluang. Keadaan Bak masih tak berubah. Mungkin dia nak tunggu semua anak anaknya. Nanti, dah sampai JB, kau siap siap dengan budak, pukul 12mlm,aku sampai terus kita balik semula kampung ya, kata Hisham. Yalah,kataku.
Tiba di Tiram, telefon berdering. 'Bak dah takda',kata Ana dalam tangis. Berderai airmataku. Sabarlah Yang, kata suamiku. Syukorlah penderitaan Bak tak lama. Sempat juga Ana jumpa Bak buat kali terakhir. Telefon berdering lagi, macam mana, sekarang kata Hisham. Tak apalah, nanti aku balik ambil budak budak, kemas baju aku dengan kau sekali, aku boleh balik bertiga, kata ku. Oklah, kata Hisham. Kami sampai di Jb pukul 10mlm, aku terus ketempat Fifi bekerja dan khabarkan berita dan minta dia beritahu Ecah dan minta balik cepat sebab kami perlu balik semula kekampung. Kesakitan ku hilang. Boleh ke bawa kereta? tanya suamiku. Boleh rasanya, dah tak rasa sakit lagi, kataku. Suamiku berjanji untuk balik kampung esok pagi memandangkan ada urusan pejabat yang perlu diselesaikan dahulu. Sampai dirumah,selepas berkemas, solat Isyak ,kami bertiga balik kekampung semula dan sampai pukul 1pagi.
Sudah ada rakan sekerja ku dan jiran yang datang menziarahi. Aku duduk baca Al-Quran disisi jenazah Bak hingga pukul 3.30pagi. Sakitku datang semula.Kemudian kakak ku pula membaca Yasin. Aku tidur ditepi katil jenazah Bak. Aku bangun pukul 6pagi utk solat. Kakak dan mak sudah mula baca Yasin. Setelah selesai solat aku minta mak ketuai Tahlil untuk Bak dan aku terus membaca Yasin sehingga jiran jiran mula datang menziarah. Seawal pukul 7pagi, jiran jiran mulai datang menziarah.
Dalam kesibukan menguruskan pengebumian arwah Bak, aku tercari cari suamiku. Cepat Ayah, orang dah nak mandikan tu,kata ku pada suami. Kulihat cuma Hisham seorang sahaja yang sibuk. Abang ku yang tua sibuk menguruskan penyediaan kubur dan yang lain. Syukor Atuk aku sempat sampai selepas Bak dimandikan.Kulihat Mona menangis semasa beratur nak mencium jenazah Bak. Memang dia tiga beradik rapat dengan kami sekeluarga kerana mak dan Bak yang jaga mereka dari kecil. Rasa terkilan dihatiku kerana Yaya masih belum sampai.Pukul 11.30 pagi Bak selamat dikebumikan. Terharu melihatkan rakan rakan sekerja ku yang mengangkat jenazah bapaku ke van jenazah.
Dirumah, jiran jiran telah menolong menyediakan makanan untuk tengahari. Sebelum makan tengahari, Pak Ishak telah mengetuai majlis tahlil disertai kaum keluarga. Alhamdulillah, semua telah selesai. Aku cari suamiku dan kenalkan kepada saudara maraku. Naik pening dia dibuatnya. Selesai semuanya, dia bertanya, mak dan bak berapa adik beradik. Mak ,16 tapi tinggal 13,Bak pula tinggal 5 beradik , 2 dah meninggal. Patutlah ramai sangat, katanya. Tapi kenapa Hisham sorang yang mandikan Bak? Anak lelaki cuma 2 orang Ayah sebab tu orang suruh Ayaha cepat tadi, kataku menjawap pertanyaan suamiku. Teringat semasa arwah Opah dulu, kami semua cucu cucu dan anak anak Opah yang mandikan Opah. Yaya sampai, kulihat matanya bengkak, mungkin semalaman dia menangis. Kalau ikutkan hatiku dan tahu akan jadi begini, kalau aku sihat memang aku pergi ambil dia di Melaka malam tadi. Tapi semua dah berlalu dan tak dapat diundurkan.
Aku,Ana, Along, Atie dan Hisham berada dikampung sehingga selesai khenduri 3 hari.
Kini sudah 12 hari Bak meninngalkan kami. Semoga roh Bak dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan yang soleh. Terima kasih kepada semua yang telah menziarahi dan membantu jenazah Bak hingga khenduri arwah. Semoga Allah akan membalas jasa kalian semua. Amin.

Thursday, March 13, 2008

Pecah rekod SPM



PUTRAJAYA: Cuba bayangkan bagaimana seorang pelajar boleh memperoleh 21A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang keputusannya diumumkan, semalam.Adakah dia mengulang kaji pelajaran berjam-jam setiap hari tanpa sebarang kegiatan riadah seperti anak muda lain yang gemar bersukan?Pencapaian menakjubkan itu turut memecahkan rekod Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A pada 2004.Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, dia berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi amalan utamanya.

Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina Che Bakri yang hanya memperoleh 17 1A.
Menurut Azali, dia mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, sebaliknya melakukan untuk kepuasan diri sendiri.“Tujuan asal saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod, tapi saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna.“Ini sebagai hadiah kepada semua guru saya,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman pelajar cemerlang SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.Azali mendapat 20 1A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Matematik Moden, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Melayu.Dia mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi.Azali berkata, ketika membuat keputusan mengambil 21 mata pelajaran, guru banyak memberi nasihat dengan menerangkan kebaikan dan keburukannya jika mengambil banyak mata pelajaran.“Cikgu tidak pernah cakap jangan (ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan dan keburukannya. Ini kerana mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua mata pelajaran. “Namun, saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan ibu bapa,” katanya.Dia lebih banyak belajar sendiri dengan bantuan guru dan tidak menghadiri tuisyen di luar sekolah berikutan tinggal di asrama.Anak ketiga dari lima beradik itu mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), selain aktif dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah, itu berkata pendorong utama untuk belajar datang daripada kakak sulung yang ketika ini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Cook Universiti, Ireland.Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan hingga memperoleh keputusan cemerlang, dia berkata: “Saya belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah, jadi sebagai pelajar Islam adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan.“Cuma ketika musim peperiksaan, pengetua menyarankan saya makan kurma, minum madu dan susu, malah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya berpuasa dari hari pertama peperiksaan hingga hari terakhir.“Bagi saya, itu usaha terakhir yang boleh dilakukan selepas berusaha,” katanya yang bercita-cita menjadi profesor.Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang diingini.“Pernah juga rasa tak boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah dugaan yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa kaunselor, selain berbincang dengan ayah dan keluarga.“Mereka banyak bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah akan nasihatkan saya supaya melakukannya selagi ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina keyakinan diri untuk meneruskan usaha,” katanya

Wednesday, January 16, 2008

Kehilangan sharlinie

Sekali lagi kita dikejutkan dengan kehilangan kanak kanak. Berbagai andaian dibuat. Penculik nya sama dengan penculik Nurin Jazlin.? Apa pun, ibu bapa kanak kanak ini pasti sedih dan dihantui kebimbangan. Bermacam macam bermain dikepala. Bagaimana agaknya nasib anak mereka. Bagi aku pula, kes kehilangan ini sebenarnya setiap hari berlaku, cuma ada kes yang tidak dilapurkan kepada pihak berkuasa atau di war warkan dalam media.

Tahun 2007, kami sekeluarga elah dikejutkan dengan kehilangan salah seorang sepupu aku, Izzat. Pada mulanya, bapa saudara aku, Pak Salam hanya menyembunyikan perkara ni tetapi setelah seminggu kehilangan nya, barulah kami semua diberitahu. Lalu, kumpulan mencari Izat dikalangan ahli keluarga dan rakan rakan ditubuhkan. Selain itu,kami juga meminta bantuan orang tertentu utk menolong operasi mencari ini. Bagi aku yan tidak tinggal dikampung hanya membantu dihujung minggu sahaja selain mencari sendiri orang orang yang pandai bagi membantu operasi ini. Tiada panggilan telefon diterima oleh keluarga kami utk meminta tebusan untuk mengaitkan ianya ada unsur unsur lain. Setelah 3 minggu ,kami semua bertungkus lumus mencari diserata tempat sehingga ke Kelantan, tiba tiba Pak cik aku menerima panggilan dari Balai Polis mengatakan Izzat ada disana.

Cerita sebenar bagaimana dan macam mana dia datang ke balai polis pun masih jadi tanda tanya. Sehingga sekarang aku masih tidak pasti mungkin disebabkan dia sendiri kurang bercerita tentang kehilangan dia. Yang pasti, kata polis, dia datang sendiri tetapi dalam keadaan bingung.
Bagaimana dia datang, polis tak tahu sebab masa tu ada perlawanan bola distadium depan balai polis. Jadi semua orang tak perasan sebelum dia masuk kawasan balai. Mungkin kena pasang cctv , fokuskan ke kawasan pintu masuk balai polis kot. Setelah diberikan air yasin oleh pak cik aku barulah Izzat kenal pd ahli keluarga yang datang.

Bila di soal siasat oleh polis, dia kata dia dibawa berjalan oleh kakak angkat dia pergi Pulau Pinang. Persoalannya, kalau nak berjalan pun tak kanlah handphone tak dapat dipanggil atau pun telefon mak/ayah dia beritahu nak pergi mana. Bukannya macam Sharlinie kecil lagi, ini dah 15 tahun. Sedangkan muka dah masuk paper pun. Tetapi dia marah betul bila polis kata nak tangkap kakak angkat dia. Sehingga sekarang kami semua tak kenal siapa kakak angkat dia yang sebenarnya. Dari sumber yang didapati, kami diberitahu dia dilarikan oleh pasangan lelaki dan wanita, pakai kereta proton putih.

Seminggu selepas, Izzat balik, kami dikejukan pula dengan kehilangan seorang lagi budak kampung kami berumur 17 tahun . Budak perempuan juga. Naik marah juga aku mendengarnya. Kenapa lah orang ni suka sangat bawa lari anak orang. Apalah motif sebenar dia. Kebetulan pula, budak ni classmate kakak Izzat. Jadi pak cik aku sama sama membantu mencari. Akhirnya, budak ni dikhabarkan dapat lari dari penculik ini dan selamat balik.

Memanglah kehilangan ini satu yang perit. Jika diteliti, zaman sekarang ni dah tak selamat nak biarkan anak anak berjalan sendirian. Tak kira lah berapa umur dan apa jantina nya. Sehinggakan ibubapa pula dipersalahkan jika anak hilang. Tapi hanya Tuhan yang tahu perkara yang sebenarnya. Dari itu, sentiasalah kita berusaha untuk mencegah dan berserah kepada TUhan atas segala usaha kita untuk memastikan keluarga kita dan rakan rakan kita sentiasa selamat sejahtera. Untuk keluarga adik Sharlinie, segulung doa untuk keselamatan Sharlinie aku panjatkan. Semoga kalian tabah menghadapi cubaan dari Allah.

Saturday, January 5, 2008

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru, Berakhir sudah tahun 2007. Tamat juga waktu utk bercuti cuti di rumah menghabiskan baki cuti yan banyak. Selalunya, setiap kali akhir tahun, aku akan bercuti di rumah Ana. Berjalan jalan dengan Mona,Fifi dan Ana sekeluarga. Lega rasanya dapat cuti lama lama tetapi tahun 2007 ni aku x dapat jalan sbb Fifi dan Ecah anak saudara aku dah mula bekerja di sini. Jadi tugas aku sepanjang bercuti ni cuma menghantar/mengambil mereka ni pergi/balik kerja. Bila Mona balik hujung minggu pula, tambah lagi 1 perjalanan sebab mereka ni semua bekerja berlainan waktu dan tempoh.

Diam tak diam, Fifi dan Ecah dah nak dapat gaji. Sibuk mengira gaji, kira apa yang nak dibeli. Abang aku pula, dapat gaji terus tukar hand-phone. Alasan, dah tak muat nak isi nama pelanggan. Sales dah makin bagus agaknya. Harap-harap dia orang tak lupa bagi duit makan,api,air rumah aku dahlah. Kalu x parah juga, aku sorang kena tanggung. Mona pula, walau dah jadi pegawai di KL tapi pantang ada cuti panjang hujung minggu pasti dia balik kerja part time kat sini. Sampaikan kami semua tanya, tak takut ke kalau staff kau tiba tiba datang sini makan kat situ. Alah aku kerja kat dapur je sekarang ni. Itu lah sifat Mona yang aku gelar mata duitan. asyik kira duit aje.

Awal tahun, biasanya aku sibuk buat perancangan kerja kerja utk setahun sebab bos aku orang baru. Belum mahir lagi. Aku pun tak tahu mana yg patut aku ajar dia dulu, jadi kalau ada kes yang berkaitan barulah aku terangkan apa yang patut dia buat. Bab perangai staff pula, aku biarkan dia nilai sendiri walaupun ada yang aku dah tak tahan sangat dengan perangai dia orang. Manusia ni kan lain lain. Rambut je sama hitam tapi itu pun dah ditukar warna.. haha. Tak lama lagi keluar la borang penilaian prestasi, masa ni lah aku selalunya bagi markah yg patut patu kat dia orang ni.. tapi selalunya dia org tak faham dengan penilaian yg kita bagi. Mungkin sebab semua nya dah tua tua, dah tak kisah nak fikir pasal naik pangkat. Gaji sekarang pun dah cukup kot. Kebun pun dah ada kot. Tapi tak perasan yang sikap mereka ini menyakitkan hati aku je.

Dalam semua orang dok sibuk menghantar SMS Selamat Tahun Baru, aku cuma jawab aku sambut Ma'al Hijrah. Anyway, Selamat Menyambut Ma'al Hijrah. Jangan lupa puasa sunat 1 hingga 10 Muharram kalau mampu.





Nuffnang