mangga

Wednesday, January 16, 2008

Kehilangan sharlinie

Sekali lagi kita dikejutkan dengan kehilangan kanak kanak. Berbagai andaian dibuat. Penculik nya sama dengan penculik Nurin Jazlin.? Apa pun, ibu bapa kanak kanak ini pasti sedih dan dihantui kebimbangan. Bermacam macam bermain dikepala. Bagaimana agaknya nasib anak mereka. Bagi aku pula, kes kehilangan ini sebenarnya setiap hari berlaku, cuma ada kes yang tidak dilapurkan kepada pihak berkuasa atau di war warkan dalam media.

Tahun 2007, kami sekeluarga elah dikejutkan dengan kehilangan salah seorang sepupu aku, Izzat. Pada mulanya, bapa saudara aku, Pak Salam hanya menyembunyikan perkara ni tetapi setelah seminggu kehilangan nya, barulah kami semua diberitahu. Lalu, kumpulan mencari Izat dikalangan ahli keluarga dan rakan rakan ditubuhkan. Selain itu,kami juga meminta bantuan orang tertentu utk menolong operasi mencari ini. Bagi aku yan tidak tinggal dikampung hanya membantu dihujung minggu sahaja selain mencari sendiri orang orang yang pandai bagi membantu operasi ini. Tiada panggilan telefon diterima oleh keluarga kami utk meminta tebusan untuk mengaitkan ianya ada unsur unsur lain. Setelah 3 minggu ,kami semua bertungkus lumus mencari diserata tempat sehingga ke Kelantan, tiba tiba Pak cik aku menerima panggilan dari Balai Polis mengatakan Izzat ada disana.

Cerita sebenar bagaimana dan macam mana dia datang ke balai polis pun masih jadi tanda tanya. Sehingga sekarang aku masih tidak pasti mungkin disebabkan dia sendiri kurang bercerita tentang kehilangan dia. Yang pasti, kata polis, dia datang sendiri tetapi dalam keadaan bingung.
Bagaimana dia datang, polis tak tahu sebab masa tu ada perlawanan bola distadium depan balai polis. Jadi semua orang tak perasan sebelum dia masuk kawasan balai. Mungkin kena pasang cctv , fokuskan ke kawasan pintu masuk balai polis kot. Setelah diberikan air yasin oleh pak cik aku barulah Izzat kenal pd ahli keluarga yang datang.

Bila di soal siasat oleh polis, dia kata dia dibawa berjalan oleh kakak angkat dia pergi Pulau Pinang. Persoalannya, kalau nak berjalan pun tak kanlah handphone tak dapat dipanggil atau pun telefon mak/ayah dia beritahu nak pergi mana. Bukannya macam Sharlinie kecil lagi, ini dah 15 tahun. Sedangkan muka dah masuk paper pun. Tetapi dia marah betul bila polis kata nak tangkap kakak angkat dia. Sehingga sekarang kami semua tak kenal siapa kakak angkat dia yang sebenarnya. Dari sumber yang didapati, kami diberitahu dia dilarikan oleh pasangan lelaki dan wanita, pakai kereta proton putih.

Seminggu selepas, Izzat balik, kami dikejukan pula dengan kehilangan seorang lagi budak kampung kami berumur 17 tahun . Budak perempuan juga. Naik marah juga aku mendengarnya. Kenapa lah orang ni suka sangat bawa lari anak orang. Apalah motif sebenar dia. Kebetulan pula, budak ni classmate kakak Izzat. Jadi pak cik aku sama sama membantu mencari. Akhirnya, budak ni dikhabarkan dapat lari dari penculik ini dan selamat balik.

Memanglah kehilangan ini satu yang perit. Jika diteliti, zaman sekarang ni dah tak selamat nak biarkan anak anak berjalan sendirian. Tak kira lah berapa umur dan apa jantina nya. Sehinggakan ibubapa pula dipersalahkan jika anak hilang. Tapi hanya Tuhan yang tahu perkara yang sebenarnya. Dari itu, sentiasalah kita berusaha untuk mencegah dan berserah kepada TUhan atas segala usaha kita untuk memastikan keluarga kita dan rakan rakan kita sentiasa selamat sejahtera. Untuk keluarga adik Sharlinie, segulung doa untuk keselamatan Sharlinie aku panjatkan. Semoga kalian tabah menghadapi cubaan dari Allah.

No comments:

Nuffnang