mangga

Monday, August 16, 2010

Ramadhan oh Ramadhan

Setiap kali menjelang bulan Ramadhan, semua orang sibuk mengira peluang perniagaan, peluang untu mengerjakan ibadah dibulan yang mulia, menanamkan cita cita untuk menguruskan badan dan tak kurang juga yang sibuk mengira gira juadah yang akan didapati pada bulan puasa. Yalah seperti yang kita semua maklum dibulan puasa nilah kita dapat merasai berbagai bagai jenis juadah yang kita sukar dapat pada hari hari biasa. Macam macam kuih dan masakan yang disediakan, tak kiralah samaada di bazar ramadhan, hotel hotel, restoran, warung dan tak kurang juga disediakan dirumah. Mintalah apa pun,insya Allah akan ada, lebih lebih lagi kalau yang meminta tu anak anak kecil yang baru baru belajar puasa. Kononnya nak bagi sokongan moral. Padahal semuanya tu membuat kita terpesong dari objektif puasa yang sebenar.

Bila dibazar Ramadhan semua yang dilihat akan membuat kita boleh hilang pertimbangan, semuanya nak dibeli hingga terlupa kadar sebenar yang larat kita makan. Kadang kadang banyak yang membazir je. Kalau yang berjiran pulak, dahlah beli bermacam macam juadah tiba tiba jiran jiran bagi lagi juadah lain. Dah penuh 1 meja. sapelah yang nak makan yek. Teringat masa aku masih bersekolah dulu, setiap hari dalam bulan puasa ni, tak pernah pun kami berbuka dengan nasi. Mesti mak atau ayah aku masak beranika jenis mee, bubur ,sup, roti. Kuih 1 jenis je masa berbuka. Adat duduk dikawasan perumahan pekerja (kuarters)kat kampung, menjelang waktu berbuka puasa nanti jiran jiran akan menghantar juadah kerumah. Selalunya kalau nak balas pemberian jiran jiran ni,mak akan masak mee dalam kuantiti yang banyak. KIra jimat buat satu jenis tapi dapat makan beranika jenis. Kekadang tu sampai penuh satu meja. Bayangkanlah masa tu, cuma kami berempat saja kat rumah kerana kakak dan abang aku semua dah bekerja dan belajar ditempat lain. Nak tak nk terpaksalah aku jadi tong sampah untuk menghabiskan, nak buang lagi sayang, nanti nangis makanan tu kata mak.

Bagi yang ada anak anak kecil yang baru belajar berpuasa, sudah tentu bermacam macam kuih yang diminta kalau pergi bazar ramadhan. Kenangan aku masa mula mula bekerja dulu dimana mak aku menjaga 2 orang adik sepupu aku. Bila pergi bazar ramadhan, bab beli makanan berbuka ni, budak 2 orang tak kisah sangat pasal kuih tapi lebih minat pada memilih air untuk berbuka Setiap seorang akan memilih sekurang kurang 3 jenis air (tak nak kongsi pun, kalau cuit, nangis), Kalau sebungkus RM1, 6 bungkus dah RM6. Kalau dah setiap hari rm6, sebulan dah RM180, belum masuk nak beli yang lain lain. Mujurlah dibazar ramadhan kampung aku ni, bila dah dekat dekat masa berbuka semua kuih dilelong. Jadi setiap hari kami terpaksalah menunggu dibazar ramadhan sampai dekat waktu berbuka. Duduk kat kampung bolehlah sebab mana ada jalan jam, traffic light pun takda kat kampung.

Walaubagaimanapun cara kita menghayati bulan Ramadhan ni, biarlah ianya mencapai objekif puasa yang sebenar dan beribadah sebaiknya dan termampu. Janganlah kita biarkan bulan Ramadhan yang mulia berlalu begitu sahaja tanpa apa apa kesan pada diri kita.

No comments:

Nuffnang