mangga

Friday, February 13, 2009

OBESITI - PUNCA,MENGAWAL DAN MENURUNKAN

Kegemukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya:

Gen atau Baka - Mereka yang mempunyai sejarah keluarga ada yang gemuk dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa.
Gaya Hidup Tidak Sehat - Hari ini ramai orang memberi alasan sibuk menyebabkan mereka tidak ada masa untuk bersenam mahupun beriadah, ditambah pula kebanyakannya melakukan kerja-kerja yang tidak mengeluarkan peluh, sepanjang masa duduk dikerusi, dan didalam bilik berhawa dingin.
Pemakanan Tidak Sihat - Kecenderungan masyarakat sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian dan makan ikut selera, bukan keperluan juga penyebab utama orang menjadi obesiti.
Hormon Tidak Seimbang - Ramai tak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar dikawal. Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.
Emosi Tidak Stabil - Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu boleh stres dan depres. Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi stresnya.
Pengambilan Ubat-ubatan - Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.
Persekitaran - mereka yang bekerja di kantin di dapur-dapur lebih tinggi peluang mendapat obesiti berbanding yang bekerja dipersekitaran lain. Ini kerana mahu atau tidak setiap hari mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat daripada aroma atau bau makanan.

Berikut beberapa cara mudah boleh anda amalkan untuk mengawal berat badan dan menjauhi kegemukan. Antaranya ialah:

Amal Gaya Hidup Sehat - Seharusnya dimulakan seawal usia dan jadikan amalan sebagai aktiviti rutin seperti amalan bersenam, berjogging, berjalan kaki, mengadakan aktiviti riadah seperti berkelah dan bersukan. Aktiviti ini hendaklah dilakukan secara berterusan.
Pemakanan Seimbang - Sama seperti amalan hidup sehat, Pemakanan sihat dan seimbang juga perlu dijadikan rutin harian. Pastikan makanan yang diambil mengandungi nutrien untuk diet sihat seperti kurangkan makanan karbohidrat, berlemak dan manis, sebaliknya tambahkan makanan berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Makan Kerap Tetapi Sedikit - Ramai sangka makan sehari sekali tapi mengambilnya dalam kuantiti banyak itu satu cara diet. Sebenarnya, cara ini salah. Sebaliknya amalkan makan kerap (sehingga enam kali sehari) tetapi sedikit-sedikit. Yang penting, jangan tinggalkan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sebelum pukul 7:00 malam, jika masih lapar makanlah buah-buahan atau makanan kaya serat sebagai alas perut.
Jauhi Makan Sambil Menonton - Ini satu tabiat yang harus diketepikan kerana makan sambil menonton menyebabkan anda makan sepanjang masa dalam jangkamasa sekurang-kurangnya setengah jam, lebih buruk jika disulam dengan air manis atau bergas.
Amalkan Pengambilan Suplimen - Dengan ada suplimen gantian untuk tahan lapar, membakar kabohidrat berlebihan dan membuang sisa toksid dalam tubuh juga boleh membantu disamping mengambil pelbagai suplimen vitamin untuk mengekalkan anda terus fit dan sihat.
Menurut Dr. Rozmey, pengambilan suplimen ini boleh diambil daripada produk herba, ubat-ubatan klinikal tetapi ia perlu diambil atas nasihat doktor atau pakar. Ia penting kerana mengambil produk ini dalam dos yang berlebihan akan memberi kesan sampingan pada kesihatan.

Dr. Rozmey menegaskan dalam berdiet, disiplin kena patuh, begitu juga dengan nasihat pakar dan diikuti dengan senaman dan riadah yang sesuai.



Pemakanan sihat untuk menurunkan berat badan:

1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kalori seperti makanan bergoreng dan makanan segera.

2. Kurangkan pengambilan semua jenis minyak dan lemak (tepu, monotaktepu, politaktepu). Contoh: Minyak kelapa sawit, soya, jagung, bijan, zaitun, minyak kacang.

3. Kurangkan pengambilan makanan mengandungi gula ringkas. Contoh: Gula-gula, sirap, minuman ringan, biskut manis, kuih-muih, kek, coklat, agar-agar, aiskrim, susu pekat manis, kaya dan jem.

4. Hadkan pengambilan kabohidrat kompleks sesuai dengan keperluan tenaga. Contoh: Nasi, mee, meehon, kuey-teow, roti, ubi-ubi dan semua hasil tepung.

5. Kurangkan minuman berakohol.

6. Elakkan makanan tinggi kolesterol. Contoh: Otak, usus, hati, hempedal, buah pinggang, kuning telur (2/3 kali seminggu), telur ikan, ikan bilis dengan kepala dan perut.

7. Hadkan makanan laut (ketam, udang, sotong, kerang, siput dll)

8. Kurangkan pengambilan hasil tenusu tinggi lemak (keju, susu penuh krim, susu segar). Elakkan makanan tinggi lemak tepu. Contoh: Minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging, lemak dan kulit ayam, lemak susu.

HIDANGAN

NASI
DIELAKKAN: Nasi Beriyani/Nasi Lemak/Nasi Goreng/Nasi Ayam
DIGALAKKAN: Nasi Putih/Bubur Nasi

MEE/MEEHON
DIELAKKAN: Mee Kari/Mee/Meehon/KueyTeow Goreng
DIGALAKKAN: Asam Laksa/Mee/Meehon/KueyTeow Sup/Hailam/Rebus/Tomyam


ROTI
DIELAKKAN: Roti Canai/Telur/Murtabak
DIGALAKKAN : Capati/Tosai/Roti Nan

LAUK
DIELAKKAN: Rendang/Goreng/Lemak/Kari Bersantan/Ikan Masin
DIGALAKKAN: Masakan Tomyam/Ikan/Ayam Bakar/Masak Kukus/Asam Pedas/Tomato

KUIH
DIELAKKAN: Kuih Bergoreng/Bersantan
DIGALAKKAN: Sandwich/Apam Tanpa Kelapa/Popia Basah (Tanpa Udang/Telur) /Kuih Kukus Tanpa Santan/Buah-buahan




MENU CADANGAN 1200kcal
Sarapan Pagi
2 keping roti + 1 sudu teh majerin
1 biji telur/1 sudu makan
kacang panggang
kopi/teh + 2 sudu teh susu skim

Minum Pagi
1 hidangan buah/2 sudu teh susu skim

Makan Tengahari
1 cawan nasi
1½ saiz kotak daging/
1 peha ayam (kecil)/
½ cawan kekacang (stew/sup/rebus/kukus/bakar)
sayur (rebus/kukus) 1 hidangan buah

Minum Petang
1 hidangan buahteh/kopi + 2 sudu teh susu skim -

Makan Malam
1 cawan nasi
1½ saiz kotak mancis daging/
1 peha ayam (kecil)/
1 ekor ikan selar
½ cawan kekacang (stew/sup//rebus/kukus/bakar)
sayur (rebus/kukus)

Minum Malam
2 sudu makan susu skim

MENU CADANGAN 1500kcal
Sarapan Pagi
2 keping roti + 1 sudu teh majerin
1 biji telur/1 sudu makan
kacang panggang
kopi/teh + 2 sudu teh susu skim tambahan 1 sudu teh gula dalam minuman



Minum Pagi
1 hidangan buah/2 sudu teh susu skim dan tambahan 1 susu teh gula dalam minuman

Makan Tengahari
1½ cawan nasi
2 saiz kotak mancis daging/
1 peha ayam (sederhana)
2/3 cawan kekacang
stew/sup/rebus/kukus/bakar)sayur (rebus/kukus)
1 hidangan buah


Minum Petang
1 hidangan buahteh/kopi + 2 sudu teh susu skim dan tambah 1 sudu teh gula dalam
minuman

Makan Malam
1½ cawan nasi
2 saiz kotak mancis daging/
1 peha ayam (sederhana)
1 ekor ikan selar (sederhana)/
2/3 cawan kekacang (stew/sup//rebus/kukus/bakar)
sayur (rebus/kukus)


Minum Malam
2 sudu makan susu skim

No comments:

Nuffnang