mangga

Wednesday, December 22, 2010

DOA

Semenjak ada adik sepupuku dirumah, setiap petang aku akan memasak. Dulu setakat berdua dengan suami, malas masak, beli aje nasi sebungkus cukuplah, tetapi semenjak ada adik sepupuku ni terpaksalah masak sebab dia ni kuat makan. Dia kuat makan sebab sakit yang dihidapi. Malam malam menyelongkar macam tikus. itu gelaran kami pada dia. Pastu tak boleh makan pedas pulak. Yang aku berdua, kalau tak pedas tak kenyang, pening dibuatnya memikirkan resipi nak masak. Tapi ok juga semenjak dia ada aku cuma tanya dia nak makan apa jadi tak payah nak fikir fikir nak masak apa, ikutkan aje selera makan dia.

Semalam, balik kerja adik aku terus makan tomyam semalam yang dah aku panaskan. Siap masak nasi dan lauk ikan masak kicap serta peria goreng, aku pelawa dia makan lagi.Nanti jawapnya. Seperti biasa aku akan makan bersama suami,kena tunggulah sebab dia selalu balik lepas maghrib, alasan malas nak menempuh 'jam'. Suamiku pelawa adikku makan. Dia pun makan sama. Selepas makan, seperti biasa suamiku akan basuh pinggan. Adikku yang dah siap makan menunggu giliran nak basuh pinggan yang dia guna. Takpa, tinggal aje nanti pakcik basuh, kata suamiku. Betul ke, kata Adikku. Ala setakat sebiji pinggan , kata suamiku. Terima kasih. Kita doakan pakcik panjang umur supaya boleh basuh pinggan banyak lagi, kata adikku dengan selamba. Terbahak bahak aku ketawa mendengarnya. Ada ada aje idea...

No comments:

Nuffnang