mangga

Thursday, May 19, 2011

Selamat Hari Guru

Sambutan Hari Guru telah pun diraikan seluruh negara pada 16 Mei yang lalu dengan berita baik dari PM. Apalagi kalau bukan dengan berita kenaikan gaji bagi para guru. Tapi berbaloi ke dengan kenaikan harga barang keperluan sekarang yang semua golongan turut merasai kesannya. Apapun biarlah semua orang memikirkannya bagi mengatasi masalah kewangan masing2. Bak kata Nabil.."Lu pikirlah sendiri"

Aku bukan sahaja mahu berterima kasih kepada semua guru guru yang pernah mengajar aku bermula dari sekolah tadika hinggalah ke U, tk lupa juga kepada Ustaz dan Ustaz yang mengajar aku semasa di sekolah Agama dahulu. Juga untuk semua orang yang tidak memegang jawatan 'GURU" tetapi telah mencurahkan ilmu kepada aku selama ini termasuklah biu bapa, rakan rakan, adik beradik, sedara mara dan yang lain lain.

Bagi aku guru bukan sahaja mengajar kita ilmu yang telah ditetapkan dalam sililbus tetapi juga mengajar kita erti kehidupan. Pengajaran yang takkan dapat aku lupakan adalah pengorbanan seorang guru kepada anak didiknya. ianya berlaku semasa aku di Tingkatan 3. Disebabkan kemiskinan keluarga, aku masih tidak dapat membayar yuran peperiksaan SRP walaupun pada masa itu hanya RM15. Guru tingkatan aku seorang India,
meminta aku memberitahu ibu bapa ku untuk membayar yuran tersebut. Seperti tiada apa masalah aku hanya memaklumkan kepada ibuku sahaja (sememangnya soal persekolahan semua ibu yang uruskan, AJK PIBG lagi). Ibu jawab ok dengan relax seolah olah tiada masalah. Esoknya ibu pergi kesekolah berjumpa guru Tingkatan aku. Entah apa yang dibincangkan pun aku tak tau. Guru Aku cuma bagi tau, ok yuran periksa awak dah dibayar, boleh amik periksa. Sehinngalah selepas aku tamat sekolah, barulah aku tahu rupanya, guru tingkatan aku yang tolong bayarkan dulu yuran peperiksaan tu. Betapa mulianyan hati dia dan sehingga kini aku masih mengingati jasa guruku dan akan menghormati dia walaupun dia telah pun bersara.

Oleh itu sempena hari guru tahun ini, aku ingin mengucapkan ribuan,,,jutaaan... bilion terima kasih kepada Mr Baskaran yang amat berjasa kepadaku sehingga aku berjaya hari ini.

No comments:

Nuffnang