mangga

Friday, August 7, 2009

Kembali ke rahmatullah 30 Jul 09

25 Jul 2009, datuk tiriku (bapa tiri arwah bapaku) Arwah Mohamad bin Wook dimasukkan ke hosptal Mersing, gara gara dilanggar kereta. Terkejut itulah perasaan aku semasa menerima panggilan dari kakakku mengatakan Nyang (gelaran dalam keluargaku) dilanggar kereta semasa naik basikal.
Naik Basikal??? Itulah persoalan pertama yang terlintas dalam fikiranku. Betulke dia boleh bawa basikal. Terbayang keadaan Nyang setiap kali aku pergi kerumah Makdik. Eh.. Bukan ke Nyang tu tak kuat, nak jalan pun tak kuat, inikan naik basikal. Tanyaku kepada abang ku yang sulong. Itu kat JB, kalau kat kampung, dah memang tempat dia, semangat dia lain, mana nak gi semua dia tahu, tu yang boleh bawa basikal. Gi kelaut pun boleh inikan bawa basikal, jawapnya. Tapi dia kena langgar kat mana? Dekat simpang kat ruma balik dari menjemput kawan untuk khenduri arwah malam. Okeylah, nanti aku balik. Dalam berkemas kemas,aku yang masih kepenatan kerana baru balik dari KL siang tadi sempat menjeling Cerekarama yang hampir habis di TV3. Abangku masih menghadap komputer. Nak bawa baju berapa helai?? Ala agak agak 2-3 helai oklah katanya, buat spare je.
Akhirnya aku sampai tepat jam 1pagi. Laju gila abang ku bawa. Tapi bila bapa bapa saudaraku tanya 1 1/2jam katanya. Apa pulak kataku, kan ke waktu kita keluar rumah tadi cerekarama dah habis. Satu jam,kata pakcik2 ku. Ala jalan kosong, tak banyak kenderaan boleh lah laju, jawab abangku. Aku dan abangku terus saja masuk kewad untuk melihat Nyang. Tempurung kepala pecah kata kakakku, tapi aku tak bagitau dia orang sebab baru cakap retak je, dah meraung raung. Tu yang aku tak tahan. Aku lihat tangan sebelah kanan Nyang merapai rapai seolah olah mencari sesuatu dan nafasnya mula turun naik pantas. Pegang tangan dia dan ajarkan dia mengucap, seruku pada abangku. Kulihat airmatanya meleleh setelah nafasnya kembali normal setelah kami mengajarnya mengucap. Padaku, reaksi spontan tangannya tu normal bagi orang yang kemalangan dibahagian kepala. Sama seperti keadaan Angah anak saudaraku semasa koma selama seminggu selepas kemalangan dahulu. Aku berada dihospital sehingga pukul 2.30pagi sambil membaca surah Yasin. Pergilah balik dulu kata Makdik. Makdik yang perlu rehat kataku. Pergilah tidur dulu nanti siang boleh jaga Nyang pulak. Taknak, takut apa apa pulak katanya. Padaku, setakat tak tidur semalaman tu biasa. Dah memang tugasku kadangkala memerlukan aku begitu, lebih lebih lagi kalau ada kerosakan yang perlu dibaiki. Kerja sampai pagi, pastu kena datang kerja pada waktu seperti biasa.

Akhirnya, pukul 2.30pagi aku balik bersama sama mak dan kakakku. Abangku tunggu sehingga subuh. Seperti biasa aku setkan alarm pada handphone pukul 6 subuh utk solat subuh tetapi mungkin disebabkan kepenatan aku terbabas, Nasib baiklah si Gracie tolong kejutkan pukul 6.15pagi. Terima kasih Gracie kataku.



Selepas sarapan,aku dan mak turun semula ke hospital melihat perkembangan keadaan Nyang. Padaku keadaannya sukar untuk sihat semula. Tapi aku cuma berkata dalam hati sahaja. Wak Jiz, isteri, Kak Antik dan Baby datang dari JB. Seperti biasa Wak Jiz akan membaca Yasin.. Pastu dia minta air Zam zam atau mineral untuk diberikan kepada pesakit, sama masa arwah Bak dulu. Kemudian katanya, ni saya dah buatkan, lepas ni terpulanglah kepada keadaan kita dah doakan kalau nak pergi, pergilah dengan senangnya. Padaku keadaan Nyang memanglah dah kritikal. Tapi Makdik adik beradik masih bercadang nak bawa balik ke Jb. Padaku siapalah yang akan menjaga Nyang kalau disana pulak sedangkan keadaan Nyang tak mengizinkan untuk dibawa ketempat lain kata doktor kepada kakakku. Aku pulang ke JB setelah melawat Nyang pukul 7 petang. Kulihat airmata Nyang meleleh sewaktu aku mengajarkannya mengucap dan memberitahu aku nak balik.

Setiap hari aku mengikuti perkembangan Nyang dengan menelefon kakakku. Disebabkan desakan dari Makdik yang berura ura nak membawa Nyang ke JB, akhirnya kakakku meminta doktor menerangkan keadaan sebenar Nyang kepada mereka semua. Peratus untuk pulih terlalu kecil kata doktor. Kalau dicabut bantuan pernafasan ni mungkin bertambah kecil peratusnya. Terpulanglah samaada nak teruskan dengan bantuan pernafasan atau tidak. Keadaan Nyang dah teruk sangat. Aku pula tidak putus puts berdoa setiap kali solat disamping mendoakan Nyang untuk pulih atau pergi dengan mudah . Kesian melihatkan keadaannya. Sungguh tersiksa dengan kecederaan yang dialami.

Akhirnya. jam 3.30 pagi 30 Jul 09, panggilan dari kakakku mengatakan Nyang telah kembali kerahmatullah setelah 5 hari koma. Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun. Selepas solat suboh, aku bertolak balik kampung. Semuanya diuruskan oleh pihak hospital kata kakakku. Aku dah uruskan orang mandi mayat dan van jenazah. Van jenazah sampai lebih kurang pukul 11 pagi dan bertolak ke Triang untuk pengebumian.

No comments:

Nuffnang