mangga

Tuesday, September 7, 2010

Pusat Jagaan Nur Ehsan

Setiap kali Ramadhan tiba, badan kebajikan ditempat kerja aku akan mengadakan majlis berbuka puasa dan pengagihan sumbangan kepada fakir miskin dan anak anak yatim dari kalangan anggota sendiri. Semasa mula mula mengikuti program pengagihan sumbangan kepada orang orang miskin memanglah tersentuh hati tetapi bila dah biasa, rasanya hati makin keras. (dah tak gembeng kata orang jawa). Biasanya, setiap kumpulan perlu menghantar ke 4 atau 5 rumah orang miskin/anak yatim. Dulu kalau 5 rumah, 5 kalilah airmata mengalir. Sedih giler. Rupanya dalam zaman negara dah maju ni masih ada lagi orang orang yang fakir dan miskin. Masih ada lagi yang menyewa rumah kotak, orang yang memasak menggunakan ranting ranting kayu yang dikutip disebabkan tiada duit untuk makan dan membeli minyak atau dapur gas. Sekarang aktiviti ni dah jadi aktiviti tahunan bagi aku.Nak bersedekah bantu mereka semua ni, duit pun tak banyak jadi rasanya berbaloi juga kalau dapat mengikuti program ini.

Tahun ni, kami mengadakan majlis berbuka puasa di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan yang terletak di Kempas. Pusat Jagaan ini dikendalikan oleh sepasang suami isteri dan kebanyakan warga yang ada disini adalah orang orang yang tidak dituntut dihospital, yang terbiar, ada juga yang dihantar/tinggalkan oleh anak anak mereka.
Majlis malam tu dimulakan dengan bacaan sajak oleh seorang penghuni pusat jagaan Memang menyentuh perasaan...aku tengok ramai rakan sekerja yang mengesat ngesat mata. Sajak berkisah kisah seorang bapa yang ada anak 10 orang tetapi ditinggalkan dipusat jagaan tersebut. Menurut pengurus pusat jagaan ini hanya 7 orang sahaja yang sihat (boleh berpuasa) dari sejumlah penghuni disitu. So, kami semua perlu menyuapkan/melayan penghuni disitu semasa waktu berbuka. Berbagai kerenah orang tua tua disini. Ada juga sepasang suami/isteri yang saling menyayangi walauupun kedua dua tidak berapa sihat. Romantiknya, masih makan bersuap suap walaupun keadaan mereka begini. ..




Lokasi Pusat Jagaan Nur Ehsan




No comments:

Nuffnang